Saturday, April 4, 2015

Teks Ucapan YB Ong Boon Piow Sidang DUN Perak 1/4/15 行动党德彬丁宜区州议员黄文标在霹雳州立法议会厅的讲稿

Terima kasih atas peluang untuk izinkan saya menjunjung kasih atas titah perasmian DYMM Sultan Perak semalam.

GST

TYP, pada hari ini sepatutnya hari yang mengembirakan bagi seluruh dunia. Ini sebab kebanyakan manusia yang tahu maksud hari ini akan memikir dan membuat sesuatu bagi menceriakan suasana  di antara kawan,rakan sekerja, keluarga dan lain-lain lagi. Tetapi malangnya bagi negara kita, hari sempena April Fool ini kini hilang rasanya, ini disebabkan pemimpin sebelah sana yang begitu “PANDAI” sekali dan memilih begitu “ONG Mali” laksanakan GST.

TYP, semasa negera kini mengalami kemerosotan nilai wang ringgit yang begitu ketara. Rakyat kini kebanyakan adalah pengguna, dan sebahagian yang amat kecil mendapat manfaat nilai matawang susut 6.1 % iaitu orang yang kaya raya yang berpeluang menjadi pengekspot barangan. Dan kini banyak barangan import kini tidak kira barang mentah, separa lengkap ataupun barangan siap, harga sampai tangan pengguna naik begitu ketara.

Hari ini pula, bermulanya zaman GST pada zahirnya bukanlah menambah kos seperti yang dikatakan oleh sebelah sana, ataupun berdasarkan iklan-iklan dimana mesej begitu mengaburkan orang ramai.  Tetapi hakikatnya pelaksanaan ini memberi impak ekonomi menuju ke arah negatif adalah sangat nyata. Kita pernah nampak kenderaan bersesak untuk beli minyak semasa kerajaan umumkan harga minyak naik. Kini fenomena ini menular hingga pusat beli belah, ataupun kedai-kedai dimana orang ramai demi jimatkan wang sebelum GST dilaksanakan, sanggup beli barang keperluan atau tidak untuk longgok di rumah.  Ini bukan sebab ada bencana alam, bukan ada peperangan, bukan ada jualan murah tetapi sebab GST.

TYP, saya ingin ambil beberapa contoh barangan ataupun perkhidmatan yang memang tidak patut dikenakan GST, serta masalah kefahaman antara pihak kerajaan dan orang ramai tentang GST.

Di parlimen, ada ahli parlimen sebelah sana ingat dia ini raja lawak, mengambil kesempatan berjenaka dengan produk seperti harga kondom naik hingga bilangan anak banyak. Cara berlawak semasa atas isu rakyat sengsara ini adalah teladan yang buruk.  Tetapi saya lebih mementingkan barangan yang lebih mustahak. Pertama iaitu insuran,terutama sekali pelan insuran kenderaan, insuran kemalangan diri serta insuran jenis medical card dengan izin.


TYP, sebab faktor perkhidmatan kenderaan awam yang banyak kepincangan. Majoriti rakyat memilih untuk memiliki kenderaan sendiri. Selain dibebankan harga kos kenderaan yang tinggi sebab 3 jenis cukai dikenakan. Pemilik kenderaan juga kena bayar cukai jalan. Dulu insuran kenderaan peribadi tak perlu kena cukai,kini pula kena. Maksudnya seorang pemilik kenderaan akan memikul beban 5 jenis cukai. Iaitu duti import, duti eksais,  cukai jalan, dan 2 kali cukai GST atas jualan kenderaan dan insuran. Dan banyak pemilik kereta tidak berani tukar kereta baru sebab takut kos hidup tambah. Kini GST atas insuran kenderaan memang menambah beban mereka kerana harga insuran akan naik bila usia kenderaan lebih daripada 10 tahun. Secara kadar langsung jumlah 6% GST dikutip pasti naik.

Bagi insuran kemalangan peribadi dan Medical card yang meringankan kos perubatan. Dulu tak ada GST kini ada. Saya ingin tahu jika pemilik pelan insuran tersebut lagi dibebankan cukai, dan membiarkan pelan tersebut luput. Adakah pihak hospital kerajaan bersedia untuk menampung lebih ramai pesakit yang sepatutnya ada sedikit kemampuan untuk memilih ke hospital swasta? Semasa kerajaan cuba menandatangani masalah kesesakan hospital aytaupun klinik, masalah kekurangan doctor dan jururawat, serta kos ubat yang makin tinggi harganya. Mengenakan GST atas medical card ini seolah-olahnya membantutkan sumbangan card tersebut bagi meringankan bebenan kerajaan.

Begitu juga kepada PERKESO, adakah mampu menampung lebih banyak tuntutan kemalangan sedangkan dahulu banyak bebanan telah diringankan atas sebab pekerja ada memilik pelan insuran kemalangan diri.    

TYP, dalam usaha kerajaan memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat untuk membina minda yang sihat dan cerdik. Saya tidak faham kenapa majalah boleh diketegorikan sebagai bahan bukan bacaan dan dikenakan GST? Bolehkah pihak kastam beri penjelasan?Jika majalah yang tak boleh baca, apakah jenis majalah tersebut?Kertas majalah untuk balut bawang? Untuk halau nyamuk ke halau lalat?  Atau majalah yang hanya gambar ataupun kertas kosong? Semua ini tidak masuk akal. Dan surat khabar yang sepatutnya tidak dikenakan GST, hari ini saya ada contoh wujudnya kekeliruan dalam pasaran. Bahawa di kedai 7-11, senaskhah The Star ada menunjukkan jumlah GST adalah 7 sen. Walaupun akhir bil 7 sen tidak dimasukkan dalam jumlah bayaran tetapi dalam bil ada tertera GST 7 sen akan mengelirukan pengguna.


TYP, lagi satu isu iaitu Parking Kupon dalam negeri. Saya ingin tahu apakah pendirian kerajaan negeri atas 15 PBT berkenaan GST? Di MBI parking kupon GST diserap pihak kerajaan, tetapi tidak bagi MPT, MPKK pula tidak. Manakala untuk pas letak kenderaan bulanan, petak khas, petak kosongkan, petak sementara serta sewa ruangan di pasar ataupun medan selera pula dikenakan GST. Saya mahukan penjelasan mengapa GST pas bulanan ada tetapi parking kupon pula ada. Dan saya cadangkan PBT-PBT serapkan semua GST dikenakan agar tidak membebankan rakyat.




ISU BANJIR

TYP ,isu banjir dan banjir kilat dilanda oleh negera kita termasuk negeri kita pada akhir tahun lepas hingga awal tahun ini. Saya menyeru Jabatan Saliran dan Pengairan Perak,  jabatan Kerja Raya serta PBT-PBT bersama mengambil langkah-langkah lebih proaktif bagi melancarkan projek-projek menambahkan kedalaman dasar sungai, menaik taraf longkang-longkang yang mampu menampung Isipadu air yang banyak,serta membaiki longkang yang rosak, dan sentiasa membersihkan longkang yang penuh dengan sampah.

Dalam kawasan saya walaupun merupakan pusat bandar, tetapi juga tidak dapat elakkan berlakunya banjir kilat. Di Taman Kampar, iaitu Jalan Saw Seong Peck, Jalan Rose dan Jalan Leong Kim Seng, walaupun ada longkang besar tetapi disebabkan Sungai Pinji dan Sungai Kinta sudah lama tidak ditambah kedalaman, maka air longkang melimpah keluar sehingga banjir kilat berlaku dan menyebabkan air masuk rumah. Perkara ini telah berlaku sekian lama di kawasan ini, saya berharap MBI dan Jabatan Saliran dan Pengairan akan menyelesaikan masalah ini agar banjir kilat tidak membelenggu penduduk-penduduk.

DYMM Sultan Perak semalam ada menyebut bahawa banjir adalah bencana berulang, dan membawa kesusahan kepada penduduk-penduduk terjejas termasuk kerajaan serta kemusnahan harta benda awam dan persendirian. Maka saya berharap pihak kerajaan prihatin atas perkara ini tidak kira banjir besar ataupun banjir kilat. 


Masalah Denggi

TYP,  dalam kempen memerangi demam denggi. Banyak kawasan saya telah diketegorikan zon risiko deman denggi. Dan menerusi pemerhatian saya bersama penduduk. Kesimpulan yang saya dapat adalah banyak kawasan tanah lapang, rumah dan kedai yang dibiar tumbuh lalang oleh pihak kerajaan dan persendirian. Serta rumput yang dipotong oleh kontraktor-kontraktor tidak disapu dan dikutip seperti mana dicatit dalam kontrak, akhirnya ditiup ke dalam longkang. Dua faktor ini merupakan punca yang penting, kes-kes berulang-ulang sehingga ada penanbahan berlaku.

Saya berharap pihak kerajaan negeri dan tempatan dapat menunjukkan keprihatinan, dan bukan hanya bergantung beberapa bunting dengan perkataan awas deman denggi akan memberi kesan yang nyata untuk membasmi kes deman denggi.


Pengangkutan awam

TYP, isu pengangkutan awam. Berkenaan dengan bas awam, saya selain menambahkan jaringan perjalanan setiap kawasan seperti yang sering oleh saya pada sidang-sidang yang lalu. Saya ingin berikan cadangan saya agar dalam bas-bas awam, termasuk perhentian bas. Akan ada petanda jadual perjalanan dan destinasi  yang akan dilalui. Ini akan memudahkan orang ramai lebih senang faham perjalanan mereka.
  

ISU-ISU Kawasan TEBING TINGGI

TYP, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk membangkitkan isu-isu dalam kawasan saya dalam dewan yang mulia ini, agar pihak kerajaan negeri dan tempatan akan beri perhatian dan menyelesaikan masalah demi kepentingan rakyat.

Di kawasan Gerbang Malam iaitu sepadan antara kawasan DUN Tebing Tinggi dan DUN Kepayang. Menerusi media, pihak exco pelancongan menyatakan bahawa ada perancangan sebanyak RM4 juta untuk memajukan kawasan ini. Sebagai ADUN kawasan ini bersama YB Kepayang, saya ingin tahu mengapa wakil rakyat tidak diberi sebarang maklumat tentang projek ini? Ataupun diberi peluang untuk mengambil bahagian perancangan kawasan ini?   Dan persoalan ini memaksa saya menggunakan kaedah soalan bertulis untuk mendapat jawapan.

TYP, pada tahun lepas kerana kes seorang lelaki tua dipukul oleh penjaga kereta haram. PBT bawah kerajaan P.Pinang sudah menunjukkan kesungguhan untuk membenteras penjaga kereta haram dengan gandingan penguatkuasa PBT dengan PDRM. Saya ingin tanya dan tunggu balasan MB semasa sesi gulung khas untuk perkara ini. Bila MBI dan PDRM Ipoh akan jalankan tugas yang sama? Kini mereka sudah ada koloni dan tempat jajahan, hendak tunggu siapa kena pukul baru ada tindakan?

Di  kawasan Gerbang Malam gejala ini begitu juga pada waktu pagi dan malam. Harap pihak berkuasa akan menjalankan operasi setiap hari agar masalah ini tidak berulang. Dan ada lagi satu perkara berlaku di Gerbang Malam adalah
Kompaun RM100 yang baru-baru diperkenalkan khas untuk kawasan ini, iaitu kepada kenderaan yang tidak mengalihkan kenderaan selepas 6 petang.

Saya ingin beritahu pihak kerajaan sebelum Gerbang Malam ini diperkenalkan, kawasan sekitar ini telah sekian lama  menjadi tarikan pelancong atas sebab makanan dan mimuman. Dan peniaga-peniaga kawasan ini melabur wang untuk membeli atau sewa kedai  serta mengubah suai premis dengan harga yang tinggi.  Selepas datangnya Gerbang Malam, peniaga kedai asalnya tidak memberi sebarang halangan asalkan peniaga mereka tidak diganggu dan suasana harmoni dipelihara antara peniaga kedai dan gerai Gerbang Malam.

Tetapi malangnya, ada sebahagian kecil gerai yang tidak beri kerjasama dengan halau kenderaan pelancong sebelum waktu 6pm. Mengugut pampasan beri laluan agar kenderaan dibenarkan beredar. Sehingga ada berlakunya pertelingkah mulut dan memukul orang berlaku. Tetapi exco yang melawat tempat menafikan perkara ini kepada media. Ini telah memberi imej yang buruk kepada pelancong serta orang tempatan. Dan tindakan MBI kenakan RM100 kompaun ini seolah-olah mencari jalan pintas untuk menyelesaikan masalah dan akhirnya pihak kerajaan sendiri yang akan menanggung kerugian pendapatan pelancong.

Dan kegiatan menggunakan van ataupun lori buruk sebagai setor yang tiada pendaftaran kenderaan, cukai jalan luput,  serta sebahagiannya enggan bayar parking. Selain melanggar undang-undang ini telah menyebabkan kawasan sekitar ini mengalami kekurangan tempat letak kenderaan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan pelanggan sukar dapat tempat letak kenderaan lalu beredar. Ini akan menjejaskan ekonomi kawasan ini. Dan saya berharap pihak kerajaan beri penjelasan semasa sesi gulung.


ISU IS

TYP ,terakhir sekali saya ingin bahaskan tentang ancaman IS.Dulu, ancaman ini hanya lebih ketara di Asia Barat.Kini ancaman menular secara pantas sehingga negera kita ada pengikut setia ataupun baru. Melihat banyak mangsa-mangsa yang tidak berdosa dibunuh dengan cara kejam dan disiar secara umum dengan propaganda yang berunsur jahat. Selain institusi keluarga memainkan peranan yang amat penting bagi menjaga ahli keluarga sihat dari segi fizikal dan mental. Saya berharap PDRM meletakkan keutamaan atas isu ini demi menjaga keamanan Negara.  Dan bukanlah hanya berikan tumpuan kepada akaun Twitter ahli-ahli politik, para aktivsi ataupun media-media yang tidak berpendirian sama dengan pihak kerajaan.

Sekian terima kasih.

党德彬丁宜区州议员黄文在州会大厦辩论时,提出如今天刚实行的消让子民商家痛苦,全马大水灾和闪电水灾问题,骨痛热症,公共交通,选区以及国内IS威胁课题。

以下是黄文接着针对怡保市政问题的要点:

1.              消费税
在马币对美元兑换率面对6.1%贬值后,无论是原产品,半完成和完成品都面对涨价问题。而货币贬值只是对很少数的出口商带来好处。所以政府选择愚人节来实行消费税不但让愚人节失色,也让目前因货币贬值问题带来负面影响。从前大马常见燃油公布起价而油站出现车龙,但是现在连百货公司和商店出现狂购吨货现象,这对国家健康成长是不健全的。

对于保险产品如个人车险,个人意外险,以及医疗保健卡被征收消费税,是立竿见影的影响。

在我国公交不健全的问题,人人都拥有车是正常的事。但是现在车险被征收6%肯定对各阶层的车主带来影响。对新车购买者,从前要付超过车价100%对入口税,国产税,销售税和路税。现在除了10%销售税改成6%消费税,的确有让车价降低。但是车险也被征收消费税,和货币贬值所以入口的车也相对涨价,4%的降价也被抵消了。

对个人意外险,在社会保险无法全面保护员工的福利后,个人意外险的确解决大部分了子民因意外所带来的损失。但是现在连个人意外险被征收消费税,此平时价钱低廉也相对起价了。

而最后对于医疗保健卡被征收6%课题,这另国家要减少医疗开支,减轻政府医院和医疗所所面对的人力不足,病患者拥挤的问题。但是政府一意孤行没有经过详细考量来征收消费税。是对医疗保健卡持有者不公平。

针对杂志被列为“非读物”所以要付消费税,他批评政府到底已什么道理来说杂志是非读物。在国家鼓励人民培养阅读风气来提供书籍免税500令吉。但是为何能够如此牵强和无理地把杂志列为非读物?

最后他也批评州内15个地方政府立场不一致地在泊车制度实行消费税,一些吸纳,一部分就加上消费税,和另外一边却说降价。他再次呼吁霹雳州实行一州一个泊车制度,同时也完全吸纳被征收的消费税来减轻人民的负担。

2.              水灾课题

他呼吁水力灌溉局尽快挖深和净化州内的河床,来减低如去年年尾之今年年初的大水灾,以及他选区内的闪电水灾问题。

3.              骨痛热症

他敦促州政府和地方政府,要严厉监管政府和私人空置的地段,房屋和商业中心不会成为蚊子滋长的温床。怡保市议会也要确保承包商割草后要进行清理,不然野草掉入沟渠也简介导致阻塞。

4.              公共交通

他建议州内所有公共巴士都安置上每辆巴士有经过的路线图。加上每个巴士车站都有相关路线的图标。这肯定有让民众方便开始接触回公共交通,减少道路上的车辆。


5.              选区课题

他批评政府只是一方面偏帮Gerbang Malam 的小贩,却不愿意承认有部分小贩阻挡游客驾驶车辆离开此地方,还收取开路费问题,甚至出现打人的问题。他也不明白为何市政厅只是针对此区向迟把车驶开的人士开出100令吉的罚单。

6.              IS渗透大马问题

他呼吁警方应该全力针对IS在国内迅速蔓延的问题,来避免国民的生命会被此残暴组织受到威胁。而不是把注意力放在与国阵政府唱反调的政治人物,社运分子,媒体或大马子民。