Wednesday, November 12, 2008

Teks Ucapan ADUN Tebing Tinggi, Y.B. Ong Boon Piow , Persidangan Pertama, Mesyuarat ke-3, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang ke-12 Perak Darul Ridzuan

霹雳州民主行动党德彬丁宜区州议员黄文标2008年11月12日(星期三)在霹雳州议会的演讲辞:














Salam sejahtera, dengan izin valakam, 你们好kepada Tuan Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, kawan-kawan daripada media serta para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak berjaya mengurangkan defisit daripada sekitar 40 juta ringgit kepda 25 juta ringgit, setelah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut . Harap sebelum pilihanraya yang akan datang kerajaan negeri akan mengatasi defisit dan mencapai kelebihan. Disini saya juga memuji sumbangan royalti sebanyak 50 juta ringgit daripada Badan-Badan Berkanun iaitu LAP, SADC, PKNP dan SSI, ini menunjukkan peningkatan sumbangan sebanyak 7 juta ringgit berbanding tahun 2008.

Tuan Yang Dipertua, saya berasa dukatica disebabkan YB Pengkalan Hulu pandai memurtarbelit kenyataan dengan menyatakan jika tiada bantuan royalti defisit kerajaan negeri tahun 2009 adalah 75 juta ringgit. Berdasarkan formula ini, maka saya boleh kata defisit kerajaan negeri pada zaman pemerintahan BN tahun 2008, tanpa sumbangan royalti daripada Badan-Badan berkanun adalah 83 juta ringgit. Dengan kiraan ini kerajaan negeri Pakatan Rakyat pun berjaya mengurangkan defisit.

霹雳州民主行动党德彬丁宜区州议员黄文标,今日在霹雳州议会2009年财政预算案辩论时,对于民联州政府能够执政8个月内把已连续4年不断增加的财政赤字减少表示赞赏。
黄氏指出,在2009年财政预算案,州政府向4个州政府机构收取5千万令吉权利金(royalty)。这是凭该机构的业务表现,所以权利金的数额比2008年多出7百万令吉。但是前大臣达祖却断章取义地把5千万令吉权利金取出,然后表示实际赤字是7千5百万来误导霹雳州人民。黄氏表示如果依据达祖的方程式计算,那么国阵执政时的赤字是8千3百万令吉。

Bagi pendapat saya, sekiranya agensi-agensi atau anak-anak syarikat negeri Perak mendapat keuntungan. Adalah kewajiban bagi agensi-agensi milik kerajaan negeri Perak membayar royalti tanpa paksaan sebagai tanda terima kasih, berjiwa rakyat untuk membantu pembangunan kerajaan negeri. Pembayaran royalti 26.83 billion kepada kerajaan pusat, Terengganu, Sabah dan Sarawak oleh Petronas dalam tahun kewangan 2004-2007 juga merupakan tanggungjawab sebagai GLC.

Tuan Yang Dipertua, semalam YB Pengkalan Hulu mengatakan bahawa YAB Menteri Besar pernah mempertimbangkan soal penukaran kereta rasmi kerajaan . Dan hubungkaitkan perkara ini dengan tahap sokongan produk dalam negeri iaitu Proton. Para hadirin sekalian dalam dewan yang mulia ini, kita tahu kereta rasmi kerajaan adalah jenis Proton Perdana. Dan Proton Perdana adalah dipasang di Kilang Proton Shah Alam, dan kilang di Tanjong Malim adalah cuma memasang Proton jenis Gen-2, Persona, Savvy dan Satria Neo. Jadi tidak wujud masalah sokongan produk tempatan kepada YAB Menteri Besar. Jika kereta rasmi yang sedia ada sering mengalami masalah kerosakan dan kos pembaikan adalah tinggi, adalah tidak bijak dari segi ekonomi ia terus digunakan ataupun digantikan dengan jenama yang sama. Janganlah sehingga scandal penyelewengan penyelenggaran kereta rasmi Proton Perdana, yang terbongkar di negeri Terengganu selepas pembelian 14 Mercedes Benz Jenis E200 Kompressor baru kita sedar betapa bazirnya untuk mengekalkan jenis kereta yang sering memberi masalah.

Tuan Yang Dipertua, untuk memastikan sumber kutipan hasil dibelanjakan secara bijak. Saya berharap badan pelaksana akan menyahut seruan YAB Menteri Besar supaya 5 prinsip menjadi teras utama pelaksanaannya, iaitu prinsip keadilan, amanah, kewibawaan, ketelusan dan kebajikan.

Di kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengamalkan prinsip CAT (Competency, Accountability, Transperentcy @ Cekap, Akauntebel, Telus). Salah satu cara bagi mengelakkan peluang untuk berasuah adalah menggunakan permohonan dengan izin secara online bagi segala urusan yang sebelumnya melibatkan interaksi antara pegawai kerajaan dan orang awam. Disini saya berharap pihak kerajaan negeri Perak diambil perkara ini sebagai teladan.

Tuan Yang Dipertua, disebabkan sumber kewangan yang terhad, pembaziran adalah sesuatu yang harus dibendung. Segala pembangunan terutama sekali barang-barang perhiasan yang tidak bermanfaat seperti tiang bendera di Padang Ipoh tidak harus berlaku dalam negeri ini.

Berkenaan dengan kontraktor-kontaktor yang ditugaskan untuk menjaga dan membersihkan infrastruktur awam, disini saya berharap ketua-ketua kepada PBT, TNB, LAP dan lain-lain lagi, supaya sentiasa memantau hasil kerja agar mematuhi piawaian yang ditetapkan. Agak malangnya boleh dikatakan, sebagai seorang wakil rakyat tidak kira sama ada beliau merupakan seorang Ahli Parlimen, ADUN , ahli majlis dan ahli-ahli politik, yang sepatutnya berada di posisi badan perundangan. Tetapi masih dibelenggu masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh badan pelaksana. Masalah-masalah lampu jalan, sampah, jalan rosak, longkang sumbat telah menjadi tugas utama bagi wakil rakyat. Walaupun kita bergelar diri sebagai wakil rakyat, namum hakikatnya kita menjalankan tugas sebagai PM. PM ini bukan singkatan kata perdana menteri tetapi adalah penyelesai masalah.

Sebagai contoh, di lorong belakang rumah kediaman saya yang sepatutnya dibersihkan oleh kontraktor bernama Boss Excellent, tetapi tidak menjalankan tugasnya sekian lama sehingga pihak MBI menghantar pekerja-pekerja sendiri untuk membersihkannya. Ini benar-benar Boss Excellent, kerja macam MAS iaitu “ Mana Ada Standard “ dengan izin tetapi denda tidak diterima malahan diberi upah berdasarkan peratusan kerja yang telah dibuat.

Ini adalah kepincangan yang harus diberi keprihatinan supaya budaya malas pun boleh dapat gaji tidak berpanjangan. Dan saya harap kontraktor yang diberikan tugas harus menyiapkan kerja mengikut jadual waktu yang ditetapkan dengan hasil kerja yang mematuhi syarat, jika tidak ini juga merupakan pembaziran dari segi sumber manusia dan wang.




Tuan Yang Dipertua, semalam YB Pengkalan Hulu ada mengampu kerajaan pusat BN bahawa pelan 5 bilion ringgit, iaitu duit KWSP disalurkan atas arahan Menteri Kewangan Baru, kepada syarikat ValueCap Sdn Bhd. Disamping mengutuk belanjawan kerajaan negeri tahun 2009 adalah tidak sebijak pelan kewangan oleh kerajaan pusat BN.


Persoalannya adalah nilai saham rendah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukkan 5 bilion ringgit ke dalam syarikat ini adalah pertaruhan yang berisiko tinggi dan tanpa ketelusan ini bertujuan menaikkan harga nilai saham syarikat-syarikat yang dianggap “jatuh nilai”, tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu, kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlingkup juga.

Dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib telah menandatangani perjanjian membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga RM2 bilion. Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Adakah ini langkah bijak? Tidak perlu saya terang banyaklah. Terlalu awal bagi YB Pengkalan Hulu mengampu bakal president UMNO yang baru.

Tuan Yang Dipertua, untuk membuktikan keupayaan mentadbir negeri Perak secara lebih adil, telus dan sensitive pada suara dan keperluan rakyat. Saya berharap kerajaan negeri akan memberi lebih perhatian kepada golongan istimewa OKU. Selain membekalkan infrastruktur awam yang bermesra OKU, pihak kerajaan negeri boleh mengambil golongan OKU yang berkemampuan sebagai pekerja. Terutama sekali di kaunter khidmat pelanggan, ataupun operator talian membuat aduan yang sering kali dikritik tidak mesra dan kurang efisyen.

Berkenaan dengan kem tahanan ISA di Kamunting yang melanggar hak asasi manusia, serta dikritik hebat oleh rakyat dan orang asing. Sebagai wakil rakyat di negeri Perak, saya berasa dukacita kerana kem ini berada di negeri yang kita cintai ini. Sebagai rakyat terutama sekali kepada anak kelahiran Perak, kita tidak sanggup memikul dosa yang masih dipelihara oleh kerajaan pusat BN. Oleh itu saya mencadangkan cukai tafsiran dan cukai tanah kem ini akan ditingkatkan sehingga kem ini lesap di bumi.

Tuan Yang Dipertua, sebagai kesimpulan. Saya ingin memuji dua orang yang telah mencipta sejarah manusia pada 2 dan 4 hb November tahun ini. Beliau adalah Lewis Hamilton dari negara British yang telah menjuarai lumba kereta F1 dam Barrack Obama yang berjaya menang sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ini adalah menunjukkan pencapaian seseorang adalah berdasarkan kemampuannya selagi ia diberi peluang yang adil dan saksama.
Pada tahun 1619, apabila 20 orang hamba abdi keturunan Afrika yang pertama menjejak kaki di bumi Virginia, Amerika Syarikat. Sehinggalah ke tahun 1963, Martin Luther King berada di Washington semasa berucap telah memberikan kata-kata semangat “I have a dream” supaya masyarakat Amerika Syarikat berpandangan jauh. Serta aktivis hak asasi warganegara Amerika keturunan Afrika Malcom X , juga seorang muslim telah terbunuh pada tahun 1965. Mereka sudah tidak menjangka tahun ini akan wujud seorang President yang sama keturunan akan terpilih sedangkan zaman mereka masih bergelut dengan soal perkauman.

Jika orang puteh yang terdahulunya dilebalkan konservatif dan berfikiran perkauman telah sedar dan tidak berasa was-was atas pilihan matang mereka. Saya berasa orang Amerika telah bersatu dan menunjukkan perpaduan mereka, dan slogan “The Amerika Dream” dengan izin adalah tidak menjadi laungan kosong sahaja.

Bagi dewan yang mulia ini yang masih berlaku pertikaman lidah atas isu-isu agama, bangsa dan jantina. Kita ini mengelar diri sebagai wakil rakyat, dan perkataan rakyat adalah sepatutnya tidak mengikut bangsa dan agama selagi kita adalah warganegera. Walaupun dewan yang mulia ini terdapat 2 pihak yang mempunyai fahaman politik yang berbeza, tetapi sebab kita berada disini adalah mandat diberi oleh rakyat. Usaha mendefinasikan rakyat kepada pelbagai perterjemahan dan mengabaikan kepentingan orang ramai adalah perkara yang tidak harus berlaku.

Jika suasana ke arah kesempurnaan ini berlaku dalam atau diluar dewan yang mulia ini.Saya rasa kita bersama rakyat juga berkemampuan memiliki mimpi sama seperti orang Amerika. Dan mimpi tersebut akhirnya akan menjadi kenyataan. Sekian, terima kasih, dengan izin lendri,谢谢.

黄氏也对达祖表示州政府必须购买来至州内生产的普腾将相当官车以表示支持。黄氏揶揄达祖不知丹绒马林普腾车厂根本没有生产将相,只有生产Savvy, Gen 2, Persona, Satria Ne,表示对方没有做好功课就向民联州政府发难。并且呼吁州政府不要像登嘉楼政府买了14辆Mercediz E200被揭发将相超价维修费丑闻发生才来关注州政府官车问题。
他说,由于霹雳州政府经济来源有限,所以应该小心翼翼的善用经费。州执行机构必须有效率,公正,廉洁和透明的执行任务。他举例指槟州政府所执行的网上申请程序,是有效地杜绝以往官员与民众因频密接触而产生贪污问题,是州政府值得学习的举措。反而如前国阵州政府浪费公款来在怡保大草场建立价值35万令吉的旗杆,是不该被重演的丑闻。
与此同时,他呼吁州政府各机构针对委任承包商事件必须谨慎处理。因为过多如野草没剪,路洞没补,沟渠阻塞和街灯没运作的问题,经常纠缠国州市议员以及政治工作者。这以显示承包商失责,执行单位没有做好本分,最后导致立法机构需解决民生问题。这是国家3权分立的不健康的现象。对于那些不负责任的承包商,州政府机构必须严格的惩罚或解除合约。
黄氏也批评达祖为了护主表示国阵中央政府注资50亿进入Valuecap的救市措施,犹如重演97年金融风暴中,动用公款挽救朋党公司的戏码。动用公积金局的资金注入不透明、私人拥有的投资臂膀,看来只是将大马人辛苦赚到的退休存款投入少数公司和朋党。
对于残障人士的福利,黄氏希望州政府不单只在公共设备上方便残障人士同时也呼吁私人界相随。也呼吁州政府能够聘请他们,特别是客户柜台或投诉电话接线员等单位。
同时他也要求州政府针对甘文丁内安法令扣留营,因为长期在霹雳州实行违反人权政策,所以必需增加土地和所得税直到此扣留营在霹雳州土地上消失。
最后,他形容奥巴马和哈密顿的成就。是选贤与能,无论肤色,宗教或性别,任何人都有机会成为任何领域的最高领导人的人类思维历史创新。而跨种族政治乃未来大趋势。人类也因梦想而伟大,美国梦能够梦想成真。如果各人民代仪士能够抛开种族主义,与美国人拥有同一个梦,也是一个指日可待的日子。

No comments: