Selepas habis tayangan ulung DVD rampasan kuasa BN di Wisma Chin Woo semalam, lebih kurang 1030pm,OCS dari Balai Polis Pekan Bharu telah menyatakan penangkapan akan dilakukan kerana tiada Sijil"B" untuk DVD yang diedarkan bawah akta penapisan filem.
Mereka mengatakan bahawa pihak kami menjual DVD tetapi sebenarnya kami cuma beri secara percuma apabila seseorang menderma RM10 atau keatas. Tiada resit jualan dan semua kutipan wang dimasukkanke dalam peti derma. Dan saya diarahkan untuk ke balai polis kerana mereka kata terpaksa ikut arahan.
Saya berada di Balai Polis bersama Dato Ngeh Koo Ham sehingga 1245am (30/03/2009) apabila diikat jamin oleh YB Lim Phek Har.
Ini jelas adalah usaha yang bermotifkan politik dan meruntuhkan jiwa saya terus berjuang untuk kebebasan untuk bersuara.
Disini saya berharap semua rakan sepejuangan, keluarga, kawan-kawan supaya jangan terlalu bimbang kerana saya kini selamat. Dan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Pendirian saya selama ini iaitu bersuara untuk rakyat dan kebenaran masih utuh dan tidak akan terluntur selepas penahan ini.
Hidup rakyat! Hidup Demokrasi !
YB Ong Boon Piow
1 comment:
民主万岁!
Post a Comment