Salam sejahtera diucapkan
kepada ahli-ahli berhormat, ketua-ketua jabatan, media, dan pemerhati yang
berada di dalam dewan yang mulia ini.
TYP, Bajet 2015 telah merupakan
bajet deficit negeri 14 tahun berturut-turut. Bajet tahun lepas pengurangan
deficit sebanyak RM400 ribu yang tak sampai RM1 juta adalah tidak memberangsangkan
untuk dibanggakan, tetapi kini deficit menambah sebanyak RM8juta iaitu RM50.06
Juta.
Jumlah belanjawan 2015 iaitu
RM1b 50juta adalah merupakan rekod tertinggi pernah dicatat dalam negeri
Perak. Dan RM707juta merupakan
perbelanjaan mengurus ataupun 67.37% menunjukkan penambahan yang tidak akan
beri kesan kepada pembangunan. Dan baki
hingga boleh kata sisa sebanyak 32.67% ataupun RM342 juta adalah untuk pembangunan.
Ini adalah trend yang tidak menunjukkan kesihatan dari segi ekonomi untuk
Negara dan negeri yang kini sedang menimpa satu cabaran besar kemelesetan ekonomi,
diakibatkan kejatuhan harga minyak antarabangsa , nilai matawang RM menjunam hingga hampir
RM3.5 untuk tukar 1USD , ini merupakan
nilai paling rendah untuk tempoh 24 tahun, serta indeks bursa Malaysia telah susut sampai
1736.5 mata .
Tahun lepas bajet 2014 negeri
Perak dikatakan berpaksikan 5K, semalam MB kata tahun ini bajet tahun 2015 dengan
prinsip A.R.A.S.,tidak kira 5K, ARAS ataupun
slogan dan acronym lain-lain. Yang paling penting adalah demi
kepentingan semua pihak dalam negera yang kita cintai. Dan sikap boros pihak kerajaan negeri seperti
di hadapan dan belakang Bangunan SUK Perak telah mendirikan 2 papan iklan LED
yang cuma ada iklan-iklan kerajaan yang tidak mendatangkan keuntungan. Kenapa
dalam Ipoh sudah ada banyak skrin LED swasta dan kerajaan negeri boleh tayang
sebanyak-banyak air time. Dan 2 skrin LED dilabur saya anggarkan lebih daripada
RM300 ribu 2 buah dan setiap bulan menanggung bil elektrik beribu-ribu ringgit
serta kos selenggara yang tidak diketahui orang ramai. Saya ingin tanya pihak
kerajaan apakah kewajaran 2 skrin ini didirikan?Ada siapa sudi tengok?
TYP, lagi 22 hari lagi kita
akan menyambut tahun 2015.Jika kita masih ingat mantan MB pernah bentangkan
dalam dewan yang mulia ini bahawa Perak akan menjadi sebuah negeri maju pada
2015 yang bertemakan Perak Maju 2015. Sekarang apa sudah jadi? Adakah suasana
sudah tak maju kah? Ataupun kerajaan negeri masih belum bersedia atau gagal
mencapai sasaran tersebut? 22 hari lagi! Pusat Bandaraya Ipoh nak perkhidmatan
layar internet berkualiti Jalur Gentian “Fibre Optic” dengan izin masih tidak
kesampaian. Orang muda lepasan ijazah atau“Fresh Grad” kini tak mampu beli
rumah kini telah melambung tinggi. Serta
polisi kenderaan kereta yang mengenakan duti import dalam lingkungan 10%-30%,
cukai jualan 10% serta duti eksais yang boleh mencacah 105%.
Saya beri satu contoh modal Honda City baru
modal 1.5L S. sebuah harga Semenanjung Malaysia tak termasuk insuran RM73576,
di Langkawi RM61114. Kenapa kita sebagai
rakyat, tidak kira Melayu, Cina, India, Punjabi serta kawan-kawan kaum lain
boleh terima layanan ini dengan penduduk di Langkawi? Dan saya ingin beritahu
lagi satu perkara untuk kefahaman semua orang dalam dewan yang mulia ini. Bagi
orang asing yang layak menikmati kebaikan program MY SECOND HOME, layak beli
kerata semua model dengan potongan cukai eksais dan cukai jualan iaitu 100%.
Bagi kerajaan negeri, adalah
menjadi kewajiban untuk memastikan kerajaan memainkan peranan sebagai
pemangkin, untuk menjana pertumbuhan ekonomi dengan merangka bajet yang baik.
Jelas bajet Perak 2015 tiada
“WOW effect” dengan izin, oleh itu agak sukar kerajaan Perak untuk membantu
Negara untuk menwujudkan suasana ekonomi positif dan memainkan peranan penting
bagi kenaikan nilai matang wang ataupun indeks Bursa Malaysia.
TYP, Bajet 2015 MB ada
menyebut 5 fokus utama, disini saya ingin beri tumpuan saya kepada focus
pertama dan kedua. Tentang pembangunan Bandar Meru Raya, saya tidak menghalang
sebarang pembangunan di kawasan ini, akan tetapi pihak kerajaan jangan lupakan
pembangunan di kawasan Ipoh kerana Ipoh masih merupakan ibu negeri dan salah satu
bandaraya terbesar dalam Negara. Saya sebagai salah satu wakil rakyat dalam
kawasan pusat bandaraya, adalah tugas saya untuk menyedarkan pihak kerajaan
jangan lupakan pembangunan infrasturktur, ekonomi serta insan kawasan Ipoh.
Bagi sistem pengangkutan awam
yang masih amat kurang jaringan, sistem jalur lebar yang tidak stabil, bangunan
lama yang tidak dipelihara dan dibenarkan pemaju atau pemilik premis untuk
roboh serta merosakkan pembinaannya, tiada galakan baru oleh pihak kerajaan
untuk kembalikan suasana sunyi dimana banyak kedai di pekan baru dan lama
ditutup pada waktu malam, pondok telefon awam kini hampir pupus, kerja-kerja
pembersihan awam yang lemah dan lain-lain lagi. Ini memberi petanda kepada
kerajaan agar jangan hanya minat meneroka kawasan baru tetapi kawasan yang
sedia ada harus diberi perhatian yang serius.
Dalam point yang ke 48 ucapan
MB semalam, iaitu dalam focus kedua Bajet. Dalam ucapan ada memetik pentadbiran
BN ada memperkenalkan pelbagai program bertujuan meningkatkan
kesejahteraan serta
memperkukuhkan penglibatan masyarakat pelbagai agama dan bangsa. Bagi pendapat
saya, jika ini membawa maksud yang iklas dan sejati, adalah sihat. Tetapi lihat
pihak kerajaan yang hampir 100% daripada wakil UMNO, masih ingatkah awal bulan
ini dalam perhimpunan UMNO di PWTC. Banyak laungan daripada perwakilan dan
pemimpin yang langsung tidak memberi tumpuan atas masalah ekonomi yang sedang
dilanda, tetapi memberi amaran kepada kaum bukan Melayu jangan cabar social
kontrak kerana masih tidak dapat lepaskan geram selepas pilihanraya umum yang
lepas, kerana PM serta Utusan Malaysia menjadikan kaum Cina sebagai “scape
goat”dengan izin. NGO yang melebalkan rakyat sebagai pendatang ,berunsur
fanatic dan perkauman seperti ISMA dan Perkasa juga dipertahankan oleh para
pemimpin UMNO. Serta perwakilan yang menyatakan kaum cina yang kaya kerana
menjalankan peniagaan yang haram.
Tuntutan sebegini seolah-olah
telah mengadaikan semangat 1 Malaysia yang cuba lebalkan pemimpin UMNO ada
semangat persaudaraan antara kaum. Saya ingin kata, kemiskinan atau kekayaan
bukanlah hak ekslusif untuk mana-mana kaum,agama atau jantina. Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing, kekuatan persefahaman,perpaduan, toleransi,
serta bertimbang rasa jika difaham,dinilai,dipraktik tidak kira dalam apa
bahasa. Juga akan memberi maksud yang sama dan akan mencapai kejayaan.
Sekiranya pemimpin yang hanya ingin mengaut demi kepentingan politik,
segala-gala usaha cuma menjadi omong-omong kosong sahaja. Dan saya begitu harap
MB betul-betul membawa point ke 48 tersebut dengan sikap terbuka, adil, saksama
dan transparent.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013
TYP, Dalam laporan ketua
audit Negara tahun 2013 berkenaan aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan
syarikat kerajaan negeri perak. Telah mengakui semasa pengauditan yang
dijalankan mendapati wujub beberapa kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti dari
segi perancangan, pelaksanaan , pemantauan dan sebut harga bermasalah yang
menjurus kepada pemborosan.
Berkenaan dengan JKR masalah
seperti pemilihan perunding reka bentuk jalan tidak melibatkan jawatankuasa
penilaian perunding, pengiraan yuran perunding juruukur tanpa justifikasi,
kelemahan pentadbiran kontrak,projek dilaksanaan tanpa guna reka bentuk
perunding yang dilantik, projek tertangguh walaupun kerja-kerja perunding telah
dilaksanakan.
Kesemua ini jika tidak
dilapor dalam laporan audit, banyak orang termasuk kita anggap JKR adalah satu
jabatan yang professional dan tidak patut ada kelemahan yang begitu ketara. Dan
ini semua keselamatan hasil kerja melibatkan nyawa orang ramai, serta martabat
Negara. Ini bukan perkara main-main. Saya sebagai seorang pemegang ijazah
kejuruteraan berasa malu atas badan kerajaan yang sepatutnya mengambarkan
kebanggaan dengan hasil kerja dan kawalan berkenaan dengan bidang kejuruteran,
akan menunjukkan kelemahan yang begitu ketara.
Dan dalam kawasan saya juga
ada satu projek menggantikan Jambatan Kampung Paloh yang dibina sejak 1950an,
Daerah Kinta. Walaupun RM0.47 Juta kos perunding telah dibuat kepada Jurutera
Perunding Warisan Sdn Berhad. Dimana kos projek sejumlah RM15 juta.. Kini
selepas lawatan audit pada 22hb April 2014, mendapati kerosakan jambatan
sepanjang 120m ,beam jambatan yang telah terhakis, permukaan jalan yang rosak,
railing jambatan yang rosak. Kenapa boleh berlaku perunding yang dilantik sejak
20hb Mei 2011 hingga sekarang lebih daripada 3 tahun tiada apa yang dibuat? Ini
bukan tidur, tetapi ini adalah koma! Siapakah yang akan disalahkan jika
jambatan runtuh? Atau bagi alasan ini adalah takdir? Saya harap JKR dan MBI
memandang serius perkara ini .
ISU DEMAN DENGGI
TYP.Isu deman denggi, Dalam
kawasan saya ada mengalami masalah kekurangan pekerja-pekerja pembersihan oleh
Bahangian Hal Ehwal Komuniti di zon-zon yang ditetapkan disebabkan sebahagian
pekerja yang telah pencen atau berhenti kerja. Dan fungsi mereka kebanyakan
adalah sebagai “Task Force” yang memberi fokus kepada aduan berkaitan diterima
dan bukan kerja-kerja rutin pembersihkan. Inilah sebab disebabkan pertambahan
orang ramai yang membawa sekali sisa sampah. Tambah dengan faktor kelonggaran
dari segi menjaga dan pembersihan harian, longkang-longkang kini juga sesak
sebab sisa pasir, batu , tanah ,sampah dan semak ditumbuh jarang dipotong .
Nyamuk serta perosak lain seperti lalat, lipas, semut, ulat dan tikus juga
wujud. Inilah satu sebab deman denggi
sering membelenggu kita secara berulang-ulang sehingga kini menjadi epidemic.
Saya memberi contoh lorong belakang di pusat khidmat saya dipenuhi longgokan
sampah yang mampu bertakung air hujan. Setelah aduan dibuat hanya separah
lorong dibersihkan tetapi akibat factor saiz Back Hoe yang besar dan tidak
dapat masuk ke kawasan lebih jauh untuk membersihkan kawasan. Dan baki tersebut
kini telah dibiarkan lebih dari 1 bulan dan ini menjadi kawasan pembiakan
nyamuk sebab untuk menunggu Back Hoe yang lebih kecil.
Saya harap pihak kerajaan
jangan menyalahkan penduduk yang tidak
turut serta dalam gotong royong yang sebagai alasan kes deman denggi meningkat.
Setelah mengutip cukai daripada orang
ramai, ini adalah tugas bagi memastikan
kebersihakan kawasan dipelihara. Sekiranya ada golonggan yang tidak
bertanggujawab, kerja-kerja penguatkuasa seperti di Negara Singapura mesti
dilaksanakan atas mereka masih ada tabiat membuang sampah merata-rata dan bukan
hanya tumpukan penguatkuasa atas kesalahan tempat letak kereta yang jauh lebih
mudah dijalankan. Kerajaan tempatan
jika rajin membersihkan kawasan dengan kawalan penguatkuasa yang cukup. Sudah
pasti kawasan yang bersih , risiko deman denggi juga akan menurun. Dan Menteri
Besar tidak perlu meluahkan perasaan marah atas alasan-alasan diberi oleh MBI,
tentang kes demam denggi , dan MB sebagai ketua pentadbiran negeri harus
memastikan MBI bersama 14 PBT lain bekerja. Jika tidak keluhan itu menandakan
MB tidak berupaya menyelesaikan masalah.
ISU-ISU MBI
TYP, Saya juga ingin membawa
isu-isu yang berkaitan dengan MBI dalam dewan
ini.
- Isu berkenaan cadangan untuk menaikkan harga lesen papan iklan
yang membebankan rakyat dan peniaga. Saya ingin kata apabila pihak
kerajaan pusat telah menentukan pelaksanaan GST pada 1hb April 2015 dimana
hampir semua jenis barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST sebanyak
6%. Jikalau pihak MBI hanya memikirkan kepentingan keuntungan lesen iklan,
segala-gala perbelanjaan lebihan ini akan mewujudkan suasana negative
terutama sekali kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana peniaga
akan mengalihkan perbelanjaan lebihan atas pengguna, secara langsung membawa
kemelesetan jualan. Saya berharap pihak MBI tidak demi memperbaiki status kewangan
dan sewenang-wenangnya mencari kaedah untuk menaikkan sesuatu kos yang
akan membantutkan ekonomi, begitu juga dengan ticket kemasukan kolam
renang MBI. Seperti untuk kanak-kanak, apakah implikasi kewangan jika ticket
dikekalkan 50 sen? Sekarang duit sudah tiada nilai, akan gulung tikar ke
jika nak kekalkan 50 sen.Janganlah MBI ambil kesempatan dan membantutkan
budaya memupuk kanak-kanak untuk bersukan.
- Tentang penguatkuasa kawasan tempat letak kereta, baru-baru kini
jumlah kakitangan penguatkuasa menaik begitu mendadak. Dan saya difahamkan
bahawa penguatkuasa masih dalam status percubaan dimana dan dibayar
mengikut kerja harian. Saya tahu wang kompaun yang dikutip adalah lumayan
,dengan kekerapan ronda dan kakitangan yang banyak, orang ramai kini rasa
MBI sekarang ini amat dahagakan wang kompaun rakyat. Tetapi kualiti kerja
kakitangan adalah begitu lemah sehingga banyak kompaun yang ada kesilapan
sering wujub. Dahulu saya senang untuk wakil rakyat yang berpendapatan
rendah untuk membuat rayuan untuk mengurangkan kompaun atau membuat
permohonan untuk batal kompaun yang ada kesilapan. Tetapi sekarang atas
factor pendapatan kompaun, MBI yang diketuai oleh Datuk Bandar sudah tidak
mesra rakyat kerana enggan memberi pertimbangan atas kes-kes kompaun.
Kerana selain Datuk Bandar sendiri serta Setiausaha, pegawai-pegawai yang
berkelayakan untuk menyelesaikan kes aduan kompaun bermasalah kini sudah
tidak diberi kuasa untuk mengendalikan kes. Saya juga terkilan atas cadangan untuk mengejar
bayaran kompaun yang tertunggak dimasukkan kedalam cukai taksiran oleh
Datuk Bandar. Ini adalah jalan pintas yang tidak adil kerana hanya pemilik
kereta yang mempunyai rumah dalam kawasan jagaan MBI akan menjadi sasaran.
Dan golongan yang tiada rumah atau yang mempunyai rumah di PBT lain dapat
mengelakkan tindakan tersebut.
- TYP, saya percaya MBI setiap hari akan terima banyak aduan dari
banyak aspek. Dan sama juga dengan saya yang mewakili rakyat untuk
melaporkan aduan ataupun permohonan secara surat rasmi ataupun menurusi
e-aduan. Jika surat saya sebagai
ADUN boleh tidak dibalas. Kita boleh bayangkan apakah kesudahan orang
lain? Saya telah bangkitkan perkara ini kepada pihak kerajaan negeri serta
PBT-PBT,tidak kira Datuk Bandar atau YDP yang kuat kerja ataupun yang
menunggu bersara. Cuba balas aduan, permohonan, cadangan ataupun
memorandum rasmi dan munasabah yang dibuat. Tentang e-aduan ada minta
emel,alamat serta no talian pengadu, tetapi saya tidak pernah menerima
satu pun balasan sekiranya ada pihak MBI menghadapi kesulitan dan perlu
wakil rakyat untuk menjelaskan kepada orang ramai. Saya mohon pihak
kerajaan negeri memantau perkara ini.
- Terakhir sekali bagi perkara libatkan MBI adalah sticker letak
kerata VIP untuk para wartawan. Pada zaman pemerintahan Pakatan Rakyat,
para media yang sah akan menerima sticker tersebut kerana PR faham dan
menghargai bakti media-media. Saya berasa public relation dengan izin
Datuk Bandar MBI memang gagal dalam urusan ini, dengan menghadkan sebuah
syarikat wartawan dengan 6 sticker sahaja. Bagi syarikat yang lebih daripada 6 wartawan, tindakan MBI ini
seolah-olah tidak hiraukan akan menimbulkan perasaan merebut sesame
kakitangan. Demi menjadi perasaan baik antara mereka, meraka rela menolak
menerima sticker tersebut. Jika perkara ini masih tiada kesudahan ataupun
tindakan balas dendam dibuat atas wartawan. Saya boleh lebalkan kerajaan
BN negeri Perak adalah kerajaan yang tidak mesra media.
Sekian, terima kasih atas
peluang yang diberi oleh TYP.
No comments:
Post a Comment