行动党德彬丁宜区州议员黄文标今日在霹雳州议会大厦里,对于昨天由霹雳州务大臣提呈的2016年霹雳州财政预算案后,进行辩论环节时,提出几项建议和批评预算案里的弱点。
首先他形容这次的预算案与往年没有新意。加上我国正面对消费税的压力,令吉贬值等经济萧条的挑战,预算案根本没有体现催化经济和减轻人民负担的元素。而且还玩弄经济数据来掩盖经济不景气的手法。
对于国陣州政府表示预算案自从2011年到2014年虽然有赤字但是最后出现盈余, 但他要反问州政府为何当初民联执政期间的11亿令吉州储备金,现在却下跌18.7%剩下8.95亿令吉。那些所谓盈余去了哪里?
他至州政府在预算案有提及到开发高科技工业,但是霹雳州首府的怡保,到现在光谦宽频覆盖率只是占很少的地区,月费和网络速度都比不上大部分的国家。他建议州政府应该加快州内的网络覆盖率,中央政府更应该制定宽频配套不应该在区分家庭或商业用途。
他也谴责州政府动用1600万令吉在美露区发展新公园,却遗忘怡保市区3个绿肺,就是DR公园几乎被遗弃,打们路的日本花园被铲为平地,人民公园变成瘾君子聚集地,喷水池也失修。
在发展旅游业课题,他呼吁州政府立刻增加清道夫,加强卫生执法,铲除非法看车员,增加拥有导航地址的旅游景点告示牌。
为了增加公务员工作效率,他建议政府所有机构的公务员能够轮流除外休息,而非集中在1点到2点的休息时间让公务暂时停顿并影响效率。
他也深表遗憾昨天口头问答时间,州政府已表明没有计划发展火车轨道到霹雳州内其它市镇,包挂新副首相的人民也无法感受火车的好处。因为霹雳州在英殖民时代已在十八丁到太平建了第一条铁路,理应霹雳州的铁路发展是在前线,但是事实却相反,现在连铁路也被拆除了。
对于霹雳州政府有拨款7000万令吉给工程部来维修道路,桥梁和建筑物。而中央政府也拨款4.3亿令吉来进行道路的相关工程。在此也要求州政府和地方政府应该尽力解决州内包挂他选区的道路安全,同时也迅速处理投诉。
他也表示政府为何只为他选区内的永乐组屋,大马花园组屋进行油漆复新工程,但却遗忘也在怡保市区的合众花园组屋进行油漆工程。地方政府应该马上为此组屋进行油漆。
Ucapan bahas Bajet 2016 negeri Perak YB Ong
Boon Piow
Salam
sejahtera diucapkan kepada TYP, ahli-ahli YB, ketua-ketua jabatan, para
wartawan serta pemerhati dalam dewan ini.
TYP,
satu tema, slogan ataupun tajuk adalah cuma kosmetik yang menghasilkan kesan
indah rupa sahaja, yang paling penting adalah intipati belajawan tersebut.
Belanjawan
yang baik, harus mempunyai elemen adil, saksama, tulus dan beroriantasikan
mesra bagi pelbagai lapisan masyarakat serta pelabur baik yang menjana daya
positif ekonomi negeri.
Jika
rujuk kepada tema yang dibawa oleh dibawa Pangkor semalam, “Belanjawan
Berhemah, Rakyat Sejahtera”. Dan serupa dengan bajet tahun-tahun yang lalu iaitu
ada
fokus-fokus tertentu. Pada pendapat saya, bajet yang dibentang ini kurang daya
tarikannya, kerana segala kandungan tidak banyak beza dengan belanjawan yang
lalu.
Semasa
negera kita kini mengalami situasi ekonomi yang lemah, nilai Ringgit Malaysia
telah menjunam lebih 25%, tambah 6% GST yang diperkenalkan pada 1hb April tahun
ini. Kalau RM100 dalam kocek tahun lepas
tidak diguna dan disimpan hingga hari ini, hari ini cuma dapat beli kurang 70%
barangan yang dapat dibeli pada tahun lepas.
TYP,
jika pihak kerajaan kata ada lebihan belanjawan dari tahun 2011 hingga 2014.
Kenapa pula State Reserve (dengan izin) semasa belanjawan 2009 Pakatan Rakyat
masa itu mempunyai RM1.1 billion, dan terkini cuma tinggal RM895 juta? Iaitu
menyusut sebanyak RM205 juta ataupun 18.7%.
Rakyat
ini telah rasa bahang kegawatan ekonomi,
peniaga pun merungut kini susah berniaga kerana daya membeli pelanggan
telah kurang sebab faktor suasana ekonomi yang negatif, dan sebab GST , nilai
RM jatuh lagi mengeruhkan keadaan.
Maka
jika hanya bergantung dengan unsur berhemah dalam belanjawan, tetapi tiada
unsur baru dibawa oleh pihak kerajaan sebagai pemangkin ekonomi, agak sukar
untuk sejahterakan rakyat. Dan tidak menceriakan suasana ekonomi untuk peniaga
atau pelabur menempuhi cabaran yang lebih getir sedang dialami.
TYP,
disebabkan oleh sebab masa. Saya terus memberikan penekanan atas 7 fokus bajet
yang dirangka oleh pihak kerajaan, dimana saya akan memetik beberapa faktor ,
untuk dimasukkan dalam bahas saya yang merangkumi seluruh negeri , dan sudah
tentu juga dalam kawasan DUN saya juga akan diberi keprihatinan.
TYP,
tentang memperkasakan pertumbuhan ekonomi, dalam konteks ucapan Pangkor, ada
menyebut perkara Hi-Tech Industrial Park ,Animation Park serta Aerospace
Technology Park.
Untuk
menjayakan usaha ini, kualiti jalur lebar dengan harga yang berpatutan adalah
begitu penting. Tetapi malangnya Pusat Bandaraya Ipoh masih tiada jalur lebar
jenis gentian optik. Dan jalur lebar gentian optik cuma terdapat di kawasan
tertentu dengan harga yang mahal. Jika pengguna domestik elektrik RM74 sebulan,
bil air RM30 untuk dua bulan dikira keluarga berpendapatan majoriti dalam
negara.
Adalah
tidak munasabah untuk dapat jalur lebar boleh cecah RM160 sebulan untuk
pengguna domestik, dan jalur lebar gentian optik seperti UNIFI boleh lebih
RM200 sebulan.
Saya
berharap pihak kerajaan bila beri jawapan masa sesi gulung tidak mengikut
jawapan bodoh Menteri Komunikasi Dan Multimedia YB Senator Mohd Salleh Said
yang berkata rakyat suka kelajuan jalur lebar lambat sebab harga murah.
Kalau
dibandingkan dengan pembangunan pakej komunikasi telefon bimbit,. Pada masa
dahulu, ada perbezaan caj untuk membuat panggilan dari rangkain sebuah negeri
ke negeri lain. Contoh dulu orang kata Perak Line call KL line adalah
mahal.Tetapi kini atas faktor saingan peniaga antara syarikat telco, orang
ramai mempu menikmati pakej yang lebih murah serta tanpa perbezaan sempadan.
Maka
itu, saya menyeru agar pakaj jalur lebar termasuk jenis gentian optik, tidak
membezakan pelanggan domestik atau komersial, dan disatukan. Serta
memperluaskan dan mempertingkatkan mutu jaringan jalur lebar, demi pembangunan IT di perkalangan rakyat
serta industri-industri yang memerlukannya dengan harga yang rendah. Kerana
harga perkhdimatan ini negera kita boleh dikira paling mahal di serata dunia.
TYP,
tentang taman rekreasi, dalam bajet ada menyebut PKNB ada belanja RM16 juta
untuk menbangunkan sebuah taman rekreasi di Bandar Meru Raya.
Jika
kerajaan hendak belanja secara hemah, kenapa 3 taman rekreasi dalam kawasan
Ipoh boleh diabaikan,
Pertama
iaitu Taman Dr Seenivasagam, kini kolam kotor, rangka binaan atas kolam telah
reput,alat permaianan rosak
Kedua
Taman Jepun di Jalan Raja Dihilir, kini telah diratakan tetapi portal rasmi MBI
masih menyajikan pelawat bahawa tempat ini masih tempat rekreasi.
Ketiga
adalah People’s Park di Pekan Lama Ipoh, yang kini jaga sarang penagih dadah,
kutu rayau, dan sewa yang sungguh tidak munasabah RM10 sebulan untuk restoran
pun gagal membantu peniaga yang tidak cekap hingga gulung tikar . Kini air
puncut dalam taman pun rosak dan diabaikan.
Sila pihak kerajaan ingat
tajuk bajet anda, belanja dengan hemah. Tolong pulihkan keadaan 3 taman
tersebut sebelum curahkan juta-juta untuk taman baru.
TYP, dalam bajet ada
menyebut 2017 adalah tahun lawat Perak. Jika hanya bina hotel, tetapi tiada
tarikan baru, dan kurang usaha untuk memelihara kawasan sekitar termasuk
kebersihan, penjagaan infrastruktur awam dan bangunan lama yang ada nilai
sejarah, serta masalah sosial yang menjatuhkan imej. Adalah tidak guna ada
banyak hotel yang dibuka.
TYP, soal kebersihan di
Ipoh. Saya difahamkan kini cuma terdapat
sekitar 400 lebih pekerja dan pengawai MBI yang mengendalikan kebersihan
awam mengikut zon. Dan banyak pekerja yang berhenti dan bersara tidak diganti
semula oleh pekerja baru. Dan jumlah ini jauh kurang daripada jumlah sepatutnya
iaitu 2000 orang pekerja bagi menampung kawasan baru yang kian berkembang.
Dalam zon kawasan saya
Pekan Baru, saya cuma nampak 2 orang pekerja rutin agak kesian, untuk menyapu
kawasan agak luas berseorangan sahaja. Cuba bayangkan kalau rumah anda pun
perlukan mengaji orang luar untuk kerja pembersihan. Macam mana untuk 1 orang
untuk bersihkan kawasan hingga bersih? Jika ada gotong royong seperti insiden
deman denggi di Taman Cempaka, hamper semua pekerja dan pegawai dikerah untuk
bersihkan Taman Cempaka hingga tempat lain dibiarkan.
Dan masalah kukurangan
tenaga kerja ini menyebabkan backhoe diguna, untuk mengutip jumlah sampah yang
banyak, secara langsung cangkul backhoe akan membinasakan permukaan jalan. Ini
seperti berlaku di KL. Begitu juga dengan peralatan serta jentera yang sering
rosak juga membantutkan kerja-kerja pembersihan sehingga imej terjejas untuk
mempromosikan Ipoh dimana dahulu yang pernah digelar bandar yang paling bersih
di Malaysia.
Tentang penguatkuasa
kebersihan jika hanya ada 18 orang adalah tidak mencukupi. Kenapa bilangan penguatkuasa
parking kereta boleh banyak hingga boleh mengambil pelatih yang bergaji harian,
tetapi soal kebersihan pula tidak diberi perhatian. Inilah soal kesungguhan
yang jelas ketara.
TYP,Berkenaan dengan
infrastruktur awam pula. Kekurangan papan
tanda untuk menunjukkan di mana halu tuju destinasi pelancongan adalah perlu
diberi perhatian, agar para pelancong domestik ataupun asing tidak membuang
masa untuk mencari destinasi mereka. Jika
boleh kedudukan GPS boleh ditunjuk dalam papan tanda, untuk menyenangkan
pencarian mereka. Dan bukan hanya mengecat beberapa bentuk tapak kaki di pekan lama
untuk pelancong jejak warisan.
Begitu
juga dengan gejala sosial negatif iaitu jumlah penjaga kereta haram yang
bertambah, dan pernah berlaku penjaga kereta mengguna pisau untuk menikam orang
ramai kerana enggan membayar wang letak kereta. Saya berharap pihak kerajaan
terutama pihak polis, jabatan kebajikan pihak berkuasa tertentu menjalankan
serbuan yang lebih kerap atas golongan ini yang memburukkan imej,serta
menyusahkan orang tempatan dan peniaga.
TYP, berkenaan dengan
focus kedua bagi memantapkan urus tadbir. Saya ingin beri tumpuan kepada waktu bekerja
bagi penjawat awam yang berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007. Dan waktu rehat adalah selama satu jam dari
pukul 1 hingga 2 petang. Dan tiada waktu untuk “tea break” waktu pagi dan petang.
Dan setahu saya, Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian serta 17 pejabat daerah dan tanah dibuka spenajang
waktu rehat tersebut. Untuk memudahkan orang awam menyelesaikan urusan serta
tidak menimbulkan kesesakan untuk penjawat awam berehat. Saya harap semua
agensi kerajaan boleh mengambil contoh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian supaya
kakitangan kerajaan boleh bergilir-gilir berehat dan memudahkan orang ramai
justeru memantapkan urus tadbir.
TYP,
tentang fokus kelima yang meliputi soal memperkukuh jaringan infrastruktur.
TYP,
semalam pihak kerajaan semasa sesi jawab soalan lisan. Ada mengatakan bahawa buat
masa ini tiada perancangan, untuk membangunkan sistem pengangkutan awam keretapi,
dari segi menambahkan jaringan landasan keratapi ke daerah-daerah lain dalam
negeri Perak.
Jawapan
ini adalah amat mendukacitakan rakyat dalam negeri ini. Dimana kerajaan tidak
menunjukkan sebarang kesungguhan untuk mendapat peruntukan wang pembangunan
pengangkutan awam dari kerajaan persekutuan , demi menggalakkan rakyat
menggunakan pengangkutan awam untuk pejalanan.
TYP, menurut
sumber Malayan Railways.
Sejarah sistem keretapi
di negara ini bermula pada 1hb Jun 1885 apabila jalan keretapi yang pertama
di Tanah Melayu yang menyambung Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang)
sepanjang 8 batu di buka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low, Residen British
Perak ketika itu. Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi yang pertama ini
dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh pembiayaan pembinaan berjumlah 7000
Pound Sterling pada nilai masa tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri
Perak.
|
Tujuan utama jalan
keretapi itu dibina ialah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di
Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Jalan keretapi itu juga telah menyenangkan
perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat pekerjaan. Pembinaan
landasan ini menjadikan stesen keretapi Taiping sebagai stesen keretapi pertama
di negara ini. Tetapi sejak tahun 1941 hingga kini landasan ini tidak digunakan
lagi malahan landasan pun telah ditanggalkan dan diganti oleh jalan biasa.
Maka
itu, TYP. Negeri Perak sebagai negeri dalam semenanjung Malaysia yang mempunyai
landasan keretapi pertama dalam sejarah. Jikalau ada pembangunan yang sekata
sudah tentu negeri Perak kini sepatutnya mempunyai infrastruktur jaringan
landasan yang paling pesat.
Kerajaan
negeri sepatutnya mendapatkan peruntukan lebih banyak dalam RMK11 daripada
orang sendiri, iaitu kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat. Namun
sasaran ini jelas tidak kesampaian. Kini rakyat Perak hanya yang tinggal di
daerah seperti Manjung, Gerik ,Teluk Intan, Bagan Datoh yang kini ada TPM masih
tidak dapat menikmati atau merasa apa itu keretapi. Saya menyeru kepada pihak
kerajaan agar beri lebih keprihatinan atas pembangunan landasan serta
perkhidmatan keretapi dalam negeri supaya kita tidak ketinggalan.
TYP,
sebanyak RM70 juta dibawah bajet
pembangunan untuk JKR bagi tahun 2016. Dimana pembinaan jalan baru,naik taraf
jalan, pembinaan dan penyenggaraan bangunan. Berkenaan MARRIS pula RM432 juta diperuntukan oleh kerajaan
persekutuan kepada kerajaan negeri untuk menyenggara jalan-jalan.
Saya
berharap wang yang dibelanjakan benar menyelesaikan masalah-masalah permukaan
jalan, yang sering jadi isu biasa yang perlu dikendalikan oleh wakil rakyat.
Banyak kemalangan jalan raya selain kelalaian pemandu sering, faktor jalan yang
rosak, garisan jalan yang tidak jelas, serta kegelapan jalan waktu malam adalah
juga menyumbang kepada kemalangan jalan raya untuk pengguna.
Pihak
JKR dan kerajaan tempatan termasuk MBI dalam kawasan saya. Harus menambahkan
efisyen untuk menyelesaikan masalah “potholes” tidak kira di jalan utama, jalan
biasa, ataupun lorong belakang. Seperti Jalan Kampar dekat bulatan, tepi jalan Jalan Yang Kalsom , Jalan
Bendahara serta lorong belakang di Jalan
Dato Tahwil Azar iaitu belakang Plaza Kinta,lorong belakang Jalan Ampang Jaya 1,
Taman Ampang Jaya, Hala Peusahaan
Menglembu 13 dan lain lain lagi, pihak MBI harus beri perhatian kerana lokasi yang saya sebut
permukaan jalan agak rosak. Dengan menyelesaikan masalah segera.
TYP,
bagi fokus keenam yang menyentuh perkara kehidupan rakyat. Selain pembangunan
rumah mampu milik. Keadaan rumah pangsa kerajaan sedia ada perlu diberi
perhatian, seperti rumah pangsa Sg. Pari, dimana keadaan sekarang begitu usang.
Saya cadang agar keseluruhan rumah pangsa diroboh dan digantikan dengan rumah
pangsa baru yang lebih banyak jumlahnya serta keselesaan turut dijaga.
Untuk
projek TP1M,lebih RM1juta telah dibelanjakan tahun ini untuk mengecat 3 rumah pangsa. Rumah
pangsa Malaysia Mansion telah dicat juga, tetapi saya tidak faham kenapa Rumah
Pangsa National Garden Flat yang berada di Jalan Protocol iaitu Jalan Gopeng
yang berdekatan dengan bulatan Sultan Iskandar terbiar, tertinggal, tidak
dimasukkan dalam projek ini.
Sebagai
penutup, saya berharap pihak kerajaan mengambil nota kandungan bahas saya,
selain beri penjelasan semasa sesi gulung nanti, juga perlu menyelesaikan
masalah yang saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini dengan segera serta
beri makluman secara bertulis bahawa masalah telah selesai atau tidak.
Sekian,
terima kasih.谢谢。
Valakam.
No comments:
Post a Comment