行动党德彬丁宜区州议员黄文标今日在霹雳州议会,针对昨天霹雳州务大臣提呈的霹雳州2018年财政预算案,辩论时表示此预算案根本没有刺激州内经济的重要元素,以让目前身处水生火热的子民走出经济低迷的窘境。
他指出大臣的预算案内容,举出多项州政府自己认为的政绩,但事实这些列子完全没有指标性成就。例如一位商人得到微型贷款而收入达到6千令吉,他要请问大臣这种事都要搬到州财政预算案的内容,可见的国阵已没有伟业让州民信服。
以下是黄文标辩论时的重点。
1. 对于旅游业,虽然是旅游年但预算案只强调几个已完成的计划,却没有新亮点来吸引游客。和位于美露区的MAPS游乐场,由于多个主题乐园无法运作,票价昂贵,到目前根本无法吸引人入场,连该游乐场的面子上也遭人洗版批评。
2. 在怡保市区动用了360万令吉的Gerbang Malam,地面凹凸不平,地砖破烂却没有获得改善是不应该的。
3. 所种植的树木遮挡地标,例如市中心的夜光杯交通圈。
4. 大臣完全没有提到环保课题,例如减碳,新电子车插座站,没有设立新收集循环用品,没有实行禁用保丽龙饭盒, 没有计划更换更节能路灯。
5. 种植树木应该更有规划,而非把树苗距离种的太接近,种后没人管问题,选择比较中等高度的树种减少修剪工作和树倒风险。
6. 怡保中央议员没有州政府所说的拥有足够椅子供探访人,病床残旧,公共电话失修。
7. 建议怡保中央医院新建筑物尽快完成运作,探访病人时间应如私人医院一样,这有助病人或伤者的心灵康复,增加救护车,和病人的检验预约期限应该减少。
8. 谴责州政府2014年开始对毒品宣战后,现在却没有延续这场需要多方面配合的重任。只有做各种浪费时间和纳税钱的反毒节目。
9。 对于选区课题,他要求环境部配合地方政府,一起对付铁船路一带的烂铁收集商乱焚烧取金属的晚间活动。
10. 解决怡保金宝园的闪电水灾问题,并提升和清理州内的沟渠系统。
11. 马上对付均和园的非法电讯塔问题。
12. 对付空置屋子长野草养蚊子问题。
13. 呼吁霹雳州务大臣不要在演政治马戏在当清道夫。
Ekonomi
TYP, negara termasuk negeri kita, kini semua pihak terasa bahang ekonomi yang tidak menentu, ramai orang tidak kira dalam dewan yang mulia ini,,l atau di luar dewan. Dulu perspektif biasa kata cuma orang miskin yang akan sengsara semasa kegawatan ekonomi, tetapi kini middle class dan golongan profesional dan kaya juga akan terasa susah semasa ekonomi tidak baik.
Rumah dan kedai baru dibina tidak dapat dijual, yang membantutkan rantai ekonomi yang berkaitan dengan perumahan, nilai mata wang yang tidak dapat bangkit, banyak kedai yang tidak diberi hala tuju bantuan kerajaan gulung tikar sebab GST dan gagal bersaing dengan peniaga online, ini juga termasuk kedai 1 Malaysia yang telah tumbang dan masuk ICU untuk tunggu bantuan kerajaan. Banyak perniagaan money game, muncul banyak lintah darat, penipuan, kadar muflis bertambah banyak dan makin muda, ragut dan hari ini adalah Rabu, minyak mungkin naik lagi, ini semua adalah fenomena negatif dimana ekonomi adalah paras tenat.
Bajet semalam MB cuba guna banyak cerita-cerita tambah dengan body language yang untuk menunjukkan bajet dibentang ada gaya ada mutu dan keunggulan. Tapi cuba MB membawa cerita ini keluar ke negara, tengok siapa naik beli tiket untuk tonton?
Dalam intipati bajet, saya tidak nampak sebarang pemangkin untuk menjana ekonomi negari lalu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Seperti di kawasan MB sendiri, di Pulau Pangkor, yang akan jadi negeri bebas cukai, tetapi kenapa di Pulau Langkawi, Labuan , Tioman yang ada status bebas cukai, penduduk boleh menikmati kereta bebas cukai? Dan Pulau Pangkor tak ada pasaraya atau gudang beli belah tidak kira bertaraf flagship atau kecil, jadi apa keseronokan untuk pelancong untuk beli belah? Rokok dan arak juga tidak dimasuk dalam kategori bebas cukai, jadi apa lagi daya tarikan untuk belanja di kawasan ini?
MB semalam ada menyebut komitmen pelabur seperti Carsem dan finisar, tetapi 2 syarikat ini sejak saya lepas ijazah pun sudah ada. Nampaknya baki 6 pelabur lain disebut oleh MB menunjukkkan negeri ketandusan pelabur, untuk mengekang orang muda terus migrasi ke negeri atau negera lain untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih menarik.

Tentang pelancongan
Tahun ini merupakan tahun melawat Perak, kini cuma tinggal 1 bulan .

Jika berdasarkan acara yang telah dijalankan dan statistik seperti dikata oleh MB semalam. Jelas tidak nampak pihak kerajaan ada program mega untuk cuti sekolah dan perayaan yang akan membantu untuk menamatkan tahun melawat ini secara sensasi.
Tentang MAPS yang dibuka semasa pertengahan tahun melawat Perak, disebabkan harga tiket yang mahal, promosi yang kurang menarik, dan banyak tema yang masih belum operasi dan jualan makanan harga tinggi, dan suara hati jelas nanpak dalam Facebook MAPS, komen merungut tema yang kurang menarik, megamind yang dikata kedua paling tinggi dalam Asia tidak beroperasi.
Saya ingin dapat penjelasan bahawa berapa banyakkah pegangan pemilikan PKNP dalam MAPS? Sila jelaskan bila tema lain dalam MAPS akan dibuka?Sekiranya tidak apa masalahnya? Dan terakhir adalah apakah kos operasi harian dan jualan tiket harian?
Berkenaan dengan gerbang malam,ipoh. RM3.6 juta telah dibelanja, tetapi permukaan jalan cobble paver yang tak rata adalah tidak menyenangkan pejalan kaki terutamanya wanita yang pakai high hell shoe. Serta plak bulatan jejak warisan atas jalan telah pecah tetapi tidak diganti. Minta pihak kerajaan ambil perhatian.
Tentang lukisan dinding Ernest Zacharevic yang telah menarik perhatian, salah satu hasil seni di Jalan Bijih Timah, baru-baru kini telah dipadam oleh pemilik kedai. Walaupun pemilikan harta tersebut adalah pihak swasta, tetapi pihak kerajaan seharusnya mengambil berat perkara ini yang tidak membawa kebaikan kepada sektor pelancongan negeri.
Lanskap di Ipoh juga merupakan salah satu keunikan bagi pelancong yang dating dari negari asing, tetapi satu dipincangan dibuat oleh pihak kerajaan, adalah cara penanaman pokok bunga, seperti di Bulatan Sultan Abdullah dekat sekolah MGS, tanda besar nama telah dihalang oleh pokok bunga yang ditanam, serta bulatan dekat kediaman rasmi MB, dimana pokok hiasan juga menghalang pemandangan air pancut yang telah belanjakan RM76000 pada bulan Februari tahun ini.
Isu Alam sekitar
Dalam bajet ini, salah satu elemen yang penting tidak mendapat perhatian adalah isu alam sekitar. Soal pemeliharaan alam sekitar perlu sejajar semasa kita membangunkan Negara.
Dalam bajet ini MB tidak sentuh usaha pengurangan pembebasan karbon, infrastruktur penggunaan lampu jalan jenis LED yang jimat bekalan elektrik tidak disebut, stesen mengecas cuma terdapat 2 dalam Ipoh dalam bajet tidak ungkit akan menambahkan bilangannya, tidak ada galakan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan pengguna kereta, tidak ada usaha untuk menambahkan jenis barangan yang boleh dikitar semula seperti kaca,kasut lama,kain dan lain-lain lagi. Dan usaha untuk menghentikan penggunaan bekas makanan politirena dan plastik yang sepatutnya sudah dilaksana kini ditunda hingga tarikh yang tiudak menentu.
Kerja-kerja menanam pokok seperti pokok hujan dan ditanam dengan jarak yang terlalu dekat antara satu sama lain. Saya cadang agar kerja tanam pokok ini buat secara serius dan bukan saja tanam, dapat publisiti dan biar. Penanaman pokok renek seperti di hadapan luar rumah kediaman rasmi MB harus diberi perhatian, sebab pokok hujan yang tinggi, adalah perlu sentiasa dijaga, dicantas bila ranting membahayakan orang ramai.
LCD screen besar menara SSI di bahagian bumbung, apakah keperluan untuk medirikan LCD screen disana, seperti sebuah TV besar untuk rumah MB tengok? Ini adalah pembaziran wang, pembaziran elektrik dan membahayakan orang sekitarnya struktur LCD ini tidak utuh.
Tentang kesihatan
Tentang kesihatan, berkenaan dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun, ramai orang harap pembinaan blok bangunan baru akan siap lebih awal. Disebabkan projek ini tidak dapat siap mengikut jadual semasa projek ini bermula, masalah kekurangan tempat letak kenderaan, infrastruktur serta peralatan yang lama, keadaan sesak adalah keadaan rutin untuk kawasan ini.
Jika berdasarkan kepada jawapan semasa sesi soalan lisan semalam, pihak EXCO berkata setiap katil di wad akan disediakan satu kerusi untuk pelawat. Tetapi kisah benar saya sendiri sebagai saksi, semasa bapa saya berada di wad di tingkat 2 dan 5, memang berlaku kekurangan kerusi untuk pelawat, sehingga saya kena duduk atas katil semasa menjaga bapa saya. Keadaan ini juga berlaku di wad kecemasan di 11c. Dimana pihak keluarga kena berdiri lebih 3 jam, untuk menunggu pesakit masuk wad.
Saya juga ingin mengutarakan bahawa pesakit semasa dalam wad sepatutnya diberikan keutamaan untuk menjalankan ujian contohnya seperti Ultrasound dan Cystoscopy. Kerana pesakit semasa keluar wad baru diberi temu janji untuk selang masa yang panjang, ini akan melambatkan proses untuk kenal pasti apakah punca sakit dan proses untuk sembuh, serta menyumbang kepada kesesakan pihak hospital. Keadaan ini mengakibatkan pesakit terpaksa pergi ke pihak hospital swasta.
Katil yang lama dan usang, telefon awam serta jam dinding yang tidak berfungsi, adalah perkara biasa. Dan ada satu lagi cadangan saya ingin beritahu pihak kerajaan adalah waktu pelawat, yang dibahagi kepada 2 waktu adalah tidak cukup terutamanya keluarga yang menjaga pesakit dalam wad. Dari segi psikologi pelawat adalah satu sumber mengurangkan kemurungan menambah keceriaan kepada pesakit, juga meringankan beban jururawat dan doktor bagi pesakit yang perlukan bantuan atau sesetengah yang tidak beri kerjasama. Sekiranya waktu melawat ini dibuka seperti hospital swasta, ini juga akan mengurangkan bilangan pelawat tumpukan waktu melawat yang singkat dan yang membawa kesan kesesakan hospital.
Tentang perkhidmatan ambulan, disebabkan bilangan ambulan terhad, semasa saya meminta bantuan melalui operator untuk kes kecemasan, operator beritahu cuma terdapat 3 buah ambulan tetapi semua telah diarah ke kawasan kemalangan untuk bersiap sedia. Dan operator tanya balik saya bolehkah saya tunggu lama?Maka saya terpaksa menghantar pesakit dengan kenderaan sendiri. Jika selang masa tersebut cuma ada 3 hospital untuk meliputi kawasan yang besar dan padat. Ini adalah serba tidak mencukupi untuk keadaan biasa, jika berlaku bencana besar yang tidak diinginkan, sudah tentu akan kelam kabut, dan lebih nyawa pasti akan terancam.
Soal dadah,bajet 2014 MB telah istihar perang najis dadah, tetapi sudah 3 tahun semalam MB lagi sudah tidak kata perang lagi, kini ubah packing kata dadah masih barah. Pentingnya usaha banteras dadah bukan cuma laungan kosong sahaja. Di USA, sejak bekas President Richard Nixon istihar perang terhadap dadah hari ini sudah tukar 9 president dan guna hampir 50 tahun masih lagi perang. Tak akan negeri kita jauh maju baru 3 tahun sudah tak payah perang lagi.
Soal dadah ini selain memudaratkan kesihatan, ini adalah soal sosial dimana golongan miskin serta tercicir pelajaran, yang sanggup ambil risiko untuk mengedar dadah untuk dapat upah lumayan. Dan golongan ini sentiasa dijaga oleh ketua sindiket, walaupun ditangkap ia akan sentiasa ada penganti sebab tarikan wang dibelakang dadah. Kepincangan pihak berkuasa dan agensi seperti polis, AADK, yang wujud bocor rahsia akibat rasuah, termasuk sistem kehakiman yang kurang tegas dan political will yang lemah oleh pihak kerajaan yang mengurus perkara ini sebagai kosmetik politik.Kesemua aspek ini yang berkait jika hanya mengguna statistik sebagai kad laporan adalah tidak berkesan untuk membasmi dadah. Dan kerajaan hanya guna slogan, kempen kempen yang cuma tumpukan golongan yang tidak berkaitan, tidak menakutkan golongan yang perlu diberi perhatian, adalah sia siakan wang rakyat dan cuma kontraktor dibelakang kempen adalah pihak yang paling gembira atas usaha yang sia-sia.
Isu-isu dalam kawasan DUN Tebing Tinggi
Perkara pertama adalah masalah pembakaran haram di Jalan Bendahara, berdekatan Kuan Woh Yuan,Ipoh. Disebabkan oleh aktiviti pembakaran pada waktu malam selepas waktu kerja. Terdapat beberapa pengusaha logam lama menjalankan aktiviti pembakaran haram,mengakibatkan penduduk sekitar terpaksa hidup dalam udara yang bertoksid dan tidak baik untuk kesihatan.
Saya berharap pihak Jabatan Alam Sekitar serta MBI, akan menjalankan kerja - kerja penguatkuasa di luar waktu kerja secara spontan,sebagai pengajaran kepada pengusaha yang tidak bertanggungjawab.
Perkara kedua adalah masalah banjir kilat di Taman Kampar terutama di Jalan Saw Seong Peck,Jalan Leong Kim Seng dan Jalan Rose , dimana kawasan ini sering dibelenggu masalah ini. Walaupun padang di Jalan Rose telah dijadikan Reservior Pond apabila paras air hujan naik tinggi.Tetapi banjir kilat masih berlaku hingga air banjir kilat masuk rumah dan lalulintas dihalang. Harap pihak kerajaan mengatasi masalah ini.
Disebabkan cuaca dan taburan air hujan sukar diramal, pihak kerajaan harus menaik taraf sistem perparitan yang lama dan tidak dapat menampung air hujan yang banyak, dengan membesarkan longkang yang sedia ada. Begitu juga dengan memastikan longkang tidak sumbat dan tumbuh lalang.Seperti di Ipoh, kini kerja bersih longkang telah diberi kepada kontraktor MBI, harap kontraktor rajin kerja bersihkan longkang yang sumbat, busuk, banyak sampah dan tumbuh lalang untuk mengurangkan risiko untuk menghadapi banjir.
Perkara ketiga adalah masalah menara pemancar telekomunikasi haram, saya mewakili kawasan saya berasa amat marah kerana dewan ini memberi informasi yang salah. Jika berdasarkan kepada jawapan soalan bertulis dimana pemancar di bengkel besi di sebelah Kuan Woh Yuan adalah haram. Dan pihak kerajaan menghadapi masalah untuk akses ke kawasan pemancar, tetapi hakikatnya pemancar ini telah mendapat kelulusan.
Perkara keempat adalah kes bunuh diri atau terjatuh dari bangunan Ipoh Paradedekat rumah MB. Tahun ini saja sudah 6 kes dimana 4 terbunuh , 2 cedera. Satu satu yang terbunuh adalah adik jiran saya.Jawapan lisan saya terima semalam cuma kerja ronda yang dijalankan buat masa kini. Saya harap pihak kerajaan prihatin tentang perkara ini, sebab besi jeriji sebagai penghalang di tempat letak kereta bangunan ini adalah rendah dan tidak ditutup sepenuhnya. Jika tidak kini kawasan ini telah menjadi hotspot pilihan orang muda untuk bunuh diri.
Perkara terakhir adalah masalah nyamuk. Selain menjaga kawasan sekitar, rumah terbiar juga adalah penyumbang kepada masalah nyamuk yang membawa penyakit. Contohnya kawasan saya, rumah no 4, Jalan Khoo Chong San, Housing Trust, banyak kali penduduk buat aduan tetapi rumah ini kini seperti belukar pemilik pula tidak hiraukan rasa jirannya.
Begitu juga dengan kediaman rasmi MB, tangki diluar rumah tumbuh banyak jentik-jenik tetapi pengawai cuma beritahu ini adalah nayamuk kacau ganggu, saya ingin Tanya apakah spesis nyamuk kacau ganggu? Sebelum jadi pekerja pembersih, rasa cadang MB perlu jaga kawasan kediaman sendiri dulu.

No comments:
Post a Comment