Thursday, April 3, 2014

Ucapan YB Ong Boon Piow Sidang DUN Pertama 2014 Perak 霹雳州德彬丁宜区州议员黄文标在霹雳州议会的讲稿要点



Salam sejahtera diucapkan kepada ahli-ahli berhormat, ketua-ketua jabatan, media, dan para pemerhati yang berada di dalam dewan yang mulia ini serta dalam laman web secara livestream.

Terima kasih atas peluang untuk izinkan saya menjunjung kasih atas titah perasmian DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan semalam. Dan saya juga ingin mengambil peluang ini kepada keluarga mangsa-mangsa pesawat MH370, agar mereka lebih tabah dari segi mental untuk mengharungi suasana yang perit ini. Serta merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas usaha gigih penyelamat dan pencarian yang masih dijalankan.

TYP, ada 2 isu hangat dan penting saya ingin membawa ke dalam dewan yang mulia ini. Pertama adalah Isu alam sekitar dimana berkaitan dengan soal jerebu. Dan kedua adalah soal deman denggi.


ISU ALAM SEKITAR

Tentang alam sekitar, saya rasa semua orang inginkan satu keadaan yang bersih dan nyaman.  Tetapi sejak 10 tahun yang lepas, Negara kita seolah-olah wujub satu musim baru, iaitu musim jerebu yang diimport oleh negera Indonesia. Saya ingin tahu selain hanya memberi Indeks Pencemaran Utara dan kadangkala pembenihan awan dijalankan oleh Negara kita, apakah langkah-langkah yang jelas kita nampak telah dibuat oleh kerajaan pusat, negeri dan tempatan?

Adakah demi mempelihara persahabatan dengan negera jiran sehingga boleh ambil kesempatan atau dengan izin Take Advantage terhadap udara kita pun boleh tergadai? Cuba bayangkan jiran rapat dirumah sebelah kita sering membakar secara terbuka hingga kesihatan kita terancam, dan kita hanya tutup tingkap dan pintu, beli topeng diam sahaja. Saya rasa sekurang-kurang satu teguran berniat baik harus ditunjukkan oleh kerajaan pusat dan negeri perlu ditujukan kepada pihak jiran kita ,yang membiarkan pengusaha pertanian yang mengamalkan pembakaran sebagai langkah kerja mereka yang langsung tidak menunjukkan sikap tanggungjawab.


Dan tidak dapat saya nafikan bahawa ada sebahagian orang tempatan pun tidak endahkan keadaan pencemaran udara. Masih membakar sisa tanaman dan sampah sehingga saya pun mahu kesian terhadap pihak Bomba, kadangkala kena bekerja untuk memadamkan api yang tidak terkawal. Dan ada sebahagian pengusaha besi buruk sanggup membakar tayar atau dawai demi mendapat bahan logam. Seperti berlaku di kawasan saya di Jalan Bendahara. Sehingga penduduk di Kwan Woh Yuan, Taman Sunlight, Deda Temiang, Happy Garden, dan penduduk yang berdekatan pun boleh terhidu bau busuk. Walaupun aduan dilapor kepada Jabatan Alam Sekitar dan MBI tetapi dengan dukacitanya ianya masih berlaku pada setiap waktu malam disebabkan operasi penguatkuasa jarang dijalankan pada masa ini, dan mereka telah mencari kesempatan kelonggaran ini teruskan usaha yang tidak bertanggungjawab ini.

TYP, Saya berharap pihak penguatkuasa yang terlibat mesti tegas dan peka seperti penangkapan pada waktu malam,tinjauan lebih kerap serta siasatan atas perkara ini dengan denda jika didapati salah. Dan kaedah kempen-kempen atau amaran-amaran yang tidak memberi kesan ketara harus ditukar bentuk menjadi daya usaha bekerjasama dengan pengadu, untuk mengurangkan pembakaran secara terbuka


ISU PENGURANGAN PELEPASAN KARBON

TYP, semalam titah DYMM Pemangku Raja Perak ada menyebut isu pelepasan karbon dan skim Offset-Carbon. Saya ingin mengambil kesempatan ini bercadang kepada Perak Kerajaan negeri untuk memulakan usaha membuka Electric Car Charging Station dengan izin, ataupun stesen pengecasan kereta elektrik untuk menggalakkan pengguna Electric Vehicle (EV) dengan izin bagi menggurangkan pelepasan karbon oleh bilangan kenderaan yang makin bertambah dalam negara kita.

Saya berikan statistik ringkas tahun lepas di negara kita. Di Lembah Klang sudah ada 10 stesen sebegini,  3 di negeri Pulau Pinang, 2 di negeri Melaka, dan 1 di negeri Johor. Tetapi negeri kita masih tiada perkhidmatan ini. Negeri kita sudah ketinggalan dari segi bilangan stesen yang membekalkan NGV (Natural Gas Vehicle), tetapi saya tidak ingin Perak sering ketinggalan dari segi teknologi ini sedangkan ianya membantu usaha kita mengurangkan pembebasan karbon selain daripada hanya bergantung kepada penambahan keluasan kawasan hutan.

Dan saya juga ingin menyeru kepada pihak kerajaan pusat agar bahan api NGV tidak hanya dimonopolikan oleh Petronas sahaja, tetapi dibuka kepada pembekal minyak yang lain untuk penggunaan NGV berkembang agar pengguna kenderaan mendapat manfaat serta mesra alam.

ISU DEMAN DENGGI

TYP, isu hangat kedua iaitu deman denggi yang mendapat perhatian. Sebalik kes denggi, banyak lagi penyakit dibawa oleh nyamuk spesis lain yang membawa penyakit Malaria, deman penyakit kuning, deman berdarah dan demam Chikungunya dan lain-lain lagi tidak diberi perhatian. Ini yang menyebabkan saya khuatir  sama ada hanya pesanan penyakit denggi sahaja yang disalur oleh pihak kerajaan untuk rakyat.  Dan saya nampak kini banyak bunting atau banner tentang di zon risiko deman denggi digantung. Seperti di Housing Trust, Taman Cempaka dan Ampang Baru.

Pada pendapat saya, kaedah ini cuma menanda kawasan itu timbul banyak kes denggi tetapi tidak memberi kesan galakan kepada penduduk untuk membersihan persekitaran.  Tidak dapat saya nafikan ada banyak penduduk yang mementingkan diri sahaja serta yang tidak menghiraukan keadaan kebersihan.  Tetapi mesej bunting dan kain rentang cuma untuk  sebahagian orang yang prihatin akan cuma bersihkan kawasan dalam rumah sendiri.

Apa yang saya hendak katakan ialah kerja pembersihan dalam kawasan rumah adalah perlu dorongan sendiri oleh penduduk dan kawal selia oleh penguatkuasa dengan kerap menjalankan pemeriksa jentik-jentik. Bahagian di luar rumah ,kedai atau kilang adalah perlukan rakyat yang pentingkan kebersihan serta kerajinan pihak PBT untuk membersihkan longkang dan semak semun. Dan memastikan pemilik rumah tidak berhuni dan tanah persendirian sering membersihkan kawasan agar tidak tumbuh lalang dan mengumpul sampah bertakung air.

Malangnya saya mengambil kawasan saya sebagai contoh di Taman Taiping, sebidang tanah rizab hotel dibiarkan tumbuh lalang sehingga banyak kes deman denggi berlaku. Tetapi hanya fogging dijalankan, dan saya telah hantar surat aduan  dan termasuk aduan secara lisan kepada pegawai bahagian kesihatan MBI sekian lama. Surat tidak dibalas, dan masalah lalang yang sudah tumbuh jauh lebih tinggi daripada saya masih belum diselesaikan.

Berdasarkan sikap sambil lewa dan tidak prihatin ini, walaupun cukai taksiran pun sudah naik. Macam mana hendak nak perang dengan nyamuk? Tak akan gantung bunting dan banner nyamuk nampak akan mati atau pengsan? Saya memang harap PBT-PBT akan menunjukkan kesungguhan untuk membersihkan kawasan tanah lapang, terutama sekali kepada MBI yang sudah ada Datuk Bandar baru. Dengan memastikan longkang tidak sumbat dan tumbuh lalang di semua kawasan termasuk Taman Taiping yang saya sebut tadi dengan segera. Serta denda pemilik rumah dan tanah yang degil barulah ada harapan kesan yang dibawa oleh nyamuk akan dikurangkan.


ISU UTC PERAK

TYP, Berkenaan dengan UTC di Pasar Besar Ipoh, saya ingin cadangkan bahawa satu rombakan dijalankan atas agensi-agensi atau jabatan-jabatan yang kurang mendapat sambutan ( Korparat SUK Perak, Dewan Peniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak) akan dipindah ke tempat lain atau menutup untuk mengurangkan pembaziran wang rakyat dan masa tenaga kerja yang sia-sia duduk dalam pejabat sahaja. Dan agensi-agensi yang mempunyai kekerapan pelanggan yang tinggi seperti KWSP dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) harus diberi pertimbangan untuk membuka cawangan dalam UTC untuk kebaikan orang ramai.

Ada 2 isu sampingan UTC, pertama adalah masalah tempat letak kereta bawah tanah dimana amat sukar untuk pelanggan untuk dapat tempat kosong. Berdasarkan tinjauan secara rawak dijalankan oleh saya bersama rakan saya pada waktu pagi, tengah hari, dan malam. Dan kesimpulannya adalah hanya waktu malam sahaja lebih senang sedikit untuk dapat ruang kosong untuk letak kereta. Saya bercadang agar kerajaan negeri akan mencari satu tempat letak kereta yang tidak jauh serta membekalkan bas atau van shuttle untuk kakitangan kerajaan ataupun pelangan-pelanggan bagi menambahkan ruang kosong untuk pelanggan yang merungut atas masalah ini.

Isu sampingan kedua adalah keselamatan pelanggan pada waktu malam di bahagian pasar yang mengubungkan UTC. Pihak UTC harus tidak hanya menempatkan pengawal keselamatan di bahagian pintu keluar masuk UTC sahaja. Dan bahagian pasar yang kebanyakannya telah tutup perniagaan serta tempat letak kereta harus diberi perhatian agar keselamatan pelanggan dan kakitangan kerajaan akan sentiasa dijaga. Jika tidak sekurang-kurangnya ada sistem CCTV dipasang dan diperhatikan oleh pemerhati sepenuh masa sebagai langkah alternative.

 
ISU-ISU PASAR

TYP, Minggu lepas di pasar Menglembu siling telah runtuh, dan mengakibatkan beberapa orang penjaja dan pelanggan pasar cedera. Perkara ini adalah petanda yang negatif untuk pihak kerajaan tempatan. Sebenarnya banyak pasar-pasar dalam keadaan usang seperti Pasar Jalan Pasir Puteh yang saya boleh labelkan pasar yang paling usang dalam kawasan Ipoh. Bumbung di bahagian sayur adalah menunggu masa bila akan runtuk kerana rangka kayu bumbung telah reput untuk tempoh yang lama. Dan penjaja menggunakan banner sebagai bumbung sementara. Serta tandas yang sering kotor kerana sistem paip pembentungan sering sumbat dan jarang disebut oleh hos penyedut menerusi tangki lori MBI. Semasa saya dengan YB Pasir Pinji bersama penjaja dan pekerja MBI menjalankan gotong -royong beberapa minggu lepas. Kita dapati juga ada longkang lama tersumbat dan langsung tidak pernah dibersihkan, serta ruangan yang dibiar menjadi setor penuh dengan serangga dan sampah.
Saya ingin menyeru pihak MBI selesaikan masalah ini dan tidak hanya membiarkan pihak penjaja keluar wang kocek sendiri untuk membaiki rangka atau mendirikan bumbung yang tidak memenuhi piawaian. Begitu juga dengan pasar borong di Kuala Pari, dimana penutup longkang di bahagian pemborong sayur dan pagar keluar pasar yang rosak tidak diganti, permukaan jalan berlubang tidak diturap semula. Saya harap pihak PBT-PBT terutama yang telah dapat peruntukan dari kerajaan pusat, mesti menggunakan wang secara bijak tanpa boros untuk kerja-kerja selenggara atau naik-taraf keadaan pasar dalam negeri kita.


ISU DI PERKUBURAN ISLAM JALAN BENDAHARA

TYP, ada beberapa isu-isu di kawasan DUN yang telah saya bangkitkan sebahagian besar tadi . Di sini ada satu perkara tentang Perkuburan Islam Jalan Bendahara, dimana 5 penghuni rumah jenis banglo di Jalan Low foo dilokasi sempadan dengan kawasan kubur ada persoalan, bahawa pihak pengurusan kubur telah menghantar kontraktor telah mendirikan dinding untuk menghalang pintu dan tingkap sahaja , di bahagian belakang rumah sejak awal tahun ini. Ini telah menimbulkan soal keselamatan atau aliran udara penduduk yang kini telah dihalang. Pihak penguni telah menghantar surat aduan kepada pihak Bomba dan MBI.  Dan pegawai bomba setelah menjalankan siasatan mendapati ini tidak menyalahi undang-undang dibawah jabatan mereka dan perkara ini harus merujuk kepada MBI. Dan pihak pengawai  MBI semasa lawatan cuma memberi alasan secara lisan kepada penduduk ini bukan salah pihak pungurusan kubur.

Di sini saya meminta pihak MBI agar dapat membalas kepada pihak penduduk cara yang sama seperti Jabatan Bomba, dengan penjelasan yang lebih professional dan terperinci. Kerana sempadan tersebut masih kosong cuma ada pokok buah durian atau buluh, dan pihak penduduk meminta agar pihak pengurusan menebangkannya kerana penduduk kini tidak dapat lakukan kerana pintu telah dihalang.  Sekiranya pihak MBI gagal. Saya meminta YAB Menteri Besar akan membantu dalam perkara ini.


MASALAH PENJAGA KENDERAAN HARAM

TYP, Masalah penjaga kenderaan haram, dimana saya telah banyak kali bangkitkan dalam dewan ini. Nampaknya kerajaan negeri dan tempatan sudah akur,putus akal atau tidak peduli bagi menandatangani gejala negetif ini. Kini di kawasan sekitar Gerbang Malam. dan banyak lagi kawasan kini tidak kira pagi atau malam, keadaan sudah jadi tidak terkawal sampai ada tanah jajahan antara mereka yang terlibat.

Kini mereka bersikap angkuh dan mengutip wang letak kenderaan 10 ringgit pada musim perayaan, menggunakan kupon MBI selit atas wiper kereta untuk menghalalkan perbuatan mereka, dan mengarah kenderaan meletak di tempat yang tidak betul. Kadangkala saya nampak mereka cemuh dengan bahasa kesat atas pelancong,orang tempatan dan peniaga kerana tidak sudi membayar. Ini memang menjejaskan imej negera sedangkan Kerajaan Pusat dan Negeri masing-masing menganjurkan Tahun Melawat Malaysia dan Discover Perak. Jika boleh saya mempelawa YAB Pangkor yang tinggal dalam kawasan kawasan DUN saya. Boleh lihat sendiri keadaan yang sebenar. Saya harap Pangkor akan membalas isu ini semasa sesi pergulungan.   


ISU-ISU JAWATANKUASA

TYP, saya sebagai Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak dan TYP sebagai pengerusi pun tahu. Sudah sekian lama tidak mesyuarat. Dan saya rasa perlu untuk kita bersama ahli-ahli lain untuk menetapkan satu bermesyuarat demi penambah-baikan perkara-perkara yang terlibat dalam jawatankuasa ini. Dan satu tahun sekurang-kurang ada bermesyuarat beberapa kali agar jawatankuasa ini ada fungsi kewujudannya.

Dan 1 lagi perkara terakhir saya ingin bangkitkan adalah Ahli Jawatankuasa MMK bagi Pencegahan Jenayah Negeri Perak, saya juga merupakan ahli. Saya tidak meragui peranan dimainkan oleh jawatankuasa ini, tetapi saya ingin mengutarakan ketidakpuas hati saya tentang penetapan tarikh mesyuarat yang kedua pada 30hb Jan tahun ini yang merupakan CNY eve dengan izin. Saya rasa tarikh dipilih kurang sensitif atas kefahaman adat budaya.  Saya berikan contoh apakah rasa sekiranya ada mesyuarat ditentukan hari menjelang Syawal pertama. Sudah tentu ada rasa tidak senang timbul. Dan saya harap semua jabatan-jabatan dalam negeri harus lebih bijak dan timbang rasa untuk memilih tarikh menjalankan sesuatu program. 

 Sekian, terima kasih atas peluang yang diberi oleh TYP dan harap kandungan pembahasan saya akan dilayan, dibalas dan diselesaikan.

行动党德彬丁宜区州议员黄文标首先在霹雳州议会里首先为马航M H 370班机里乘客和机组人员的家庭致最深切的慰问,并希望全球人的支持能够让他们的心灵能够熬过这个难关。同时也给予曾经或现在正参与拯救和搜寻的人员最高的致敬和感谢。

在环境课题,对于人民刚摆脱烟霾的问题。在经常面对来自印尼因开发树林和焚烧农作物,我国除了经常更新空气污染指数,或进行人造雨意外,根本没有向印尼政府谴责和寻求解决方案。他表示为了维护两国之间的友谊,但是大马中央政府不能够典当人民吸取新鲜空气权。

对于州内的问题除了面对州政府没有解释的江沙焚烧森林事件,他选区特别事铁船路一带经常在早晚也出现焚烧轮胎和电线来获取金属的活动,但是环境局和市政厅疏于进行执法,导致问题更猖獗和让附近的均和园,日光园,安乐园等一带的居民必须吸取臭和有毒的空气。所以他敦促有关当局应该对付公开焚烧的人物。

他指出昨天摄政王有提出增加森林帮助减碳的课题。他本人也建议霹雳州能够设立电子车的充电站来帮助州内减碳。对于我国的电子车充电站数据,在巴生区有10间,槟城有3间,马六甲2间和柔佛有1间。霹雳州不能经常在科技,和这项有助于减碳的新方式就如天然气N G V的数量落后与其它州属。与此同时他也谴责中央政府不能再让国油继续垄断天然气的销售。

针对骨痛热症问题,他表示卫生部在此课题上,不能只是专注骨痛热症而已,因为国内有多种品种的蚊子也传染各种不同如疟疾的疾病。而且在黑区挂上骨痛热症的布条,但是地方政府没有清除屋外四周的环境包挂沟渠,以及没有对付垃圾虫,和没人居住长满杂草的房子和空地。无论进行多次喷蚊油也是不治本的举动。例如他选区太平园的空地已杂草崇森,但多次向怡保市政厅投诉了也没获得处理,更何况当局已经增加门牌税,换了市长还是没有看到改变。

提到在怡保中央巴刹的U T C ,他提议将没有几个没有生产率的部门迁移甚至关掉。把其它如公积金部门,商业注册局或其它更有顾客来源的部门在 U T C 开分行。还有在大厦底层的停车场经常爆满导致民众无法找到泊车位,他建议地方政府需要寻找适合地点让公务员和要去 U T C办事的民众停放车辆,然后提供载送服务。同时在晚间在巴刹的档口已没有营业时刻,穿向U T C 的走廊对民众有面对治安的风险,他建议政府增加保安范围,不然就要可以闭路电视来代替。

对于巴刹课题,他呼吁州和地方政府必须拿出诚意来提升残旧的巴刹设备,例如他选区的大和园路巴刹。他形容这是怡保区最残旧的巴刹,菜挡的屋梁已腐烂多时没获得处理,而且因市政厅人力不足清理导致发生几件骨痛热症案件。而且他于兵如港议员李存孝也和小贩进行大扫除时也发觉此多种巴刹弊病问题如厕所与化粪池通道阻塞。在大马批发巴刹课题,他也敦促市政厅尽快解决菜市场旁和出口的沟渠盖破坏和马路多窟窿问题。

他对于选区课题如Jalan Low Foo居民家后院被铁船路回教墓园管理层建围墙围堵窗和门口课题要求解决,和怡保出现非法看车员严重泛滥问题,如果怡保市政厅无法解决他敦促霹雳州务大臣插手解决。

针对霹雳州特权委员会,身为成员一分子的他,敦促身为特委会主席的议长必需要召开多年没开的会议,来更新甚至讨论该霹雳州议会所成立的委员会不会沦落位虚构的幻影。在另外一个防罪案委员会,他要求政府安排未来会议时,应该谨慎处理。因为在农历除夕召开会议,根本没有体谅到华裔成员的感受和不该发生的问题。

最后他并要求州政府一定要在星期五的终结环节,清楚回答所有议员在辩论环节提出的问题。



No comments: