Tuesday, April 28, 2009

Tidak perlu melapor diri ke balai polis tetapi kes masih belum tutup


Hari ini saya bersama Ketua Biro Pengaduan DAP Perak En Teh Hock ke Balai Polis Sg Senam, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil untuk melapor diri pada 1040 pagi, tetang kes DVD Rampasan kuasa BN di negeri Perak.

Setelah berjumpa dengan Inspektor Ag Mohd Fadzil saya diberitahu tidak perlu hadir lagi untuk melapor diri, tetapi kena tunggu sama ada pihak pendakwa raya akan membawa kes ke mahkamah atau tidak. Semua proses ini cuma menggunakan 5 minit sahaja.

Saya berasa kerja ini adalah membuang masa pihak polis yang mempunyai kerja yang lebih penting. Begitu juga dengan pihak wartawan, dan saya sebagai wakil rakyat yang mempunyai ruang masa yang terhad untuk menjalankan tugas saya. Ini jelas kerja polis yang sering diganggu oleh pihak BN yang menguasai kerajaan persekutuan, dan menjalankan tugas menyusahkan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

No comments: