Jika berdasarkan acara yang telah dijalankan dan statistik seperti dikata oleh MB semalam. Jelas tidak nampak pihak kerajaan ada program mega untuk cuti sekolah dan perayaan yang akan membantu untuk menamatkan tahun melawat ini secara sensasi.
Tentang MAPS yang dibuka semasa pertengahan tahun melawat Perak, disebabkan harga tiket yang mahal, promosi yang kurang menarik, dan banyak tema yang masih belum operasi dan jualan makanan harga tinggi, dan suara hati jelas nanpak dalam Facebook MAPS, komen merungut tema yang kurang menarik, megamind yang dikata kedua paling tinggi dalam Asia tidak beroperasi.
Saya ingin dapat penjelasan bahawa berapa banyakkah pegangan pemilikan PKNP dalam MAPS? Sila jelaskan bila tema lain dalam MAPS akan dibuka?Sekiranya tidak apa masalahnya? Dan terakhir adalah apakah kos operasi harian dan jualan tiket harian?
Berkenaan dengan gerbang malam,ipoh. RM3.6 juta telah dibelanja, tetapi permukaan jalan cobble paver yang tak rata adalah tidak menyenangkan pejalan kaki terutamanya wanita yang pakai high hell shoe. Serta plak bulatan jejak warisan atas jalan telah pecah tetapi tidak diganti. Minta pihak kerajaan ambil perhatian.
Tentang lukisan dinding Ernest Zacharevic yang telah menarik perhatian, salah satu hasil seni di Jalan Bijih Timah, baru-baru kini telah dipadam oleh pemilik kedai. Walaupun pemilikan harta tersebut adalah pihak swasta, tetapi pihak kerajaan seharusnya mengambil berat perkara ini yang tidak membawa kebaikan kepada sektor pelancongan negeri.
Lanskap di Ipoh juga merupakan salah satu keunikan bagi pelancong yang dating dari negari asing, tetapi satu dipincangan dibuat oleh pihak kerajaan, adalah cara penanaman pokok bunga, seperti di Bulatan Sultan Abdullah dekat sekolah MGS, tanda besar nama telah dihalang oleh pokok bunga yang ditanam, serta bulatan dekat kediaman rasmi MB, dimana pokok hiasan juga menghalang pemandangan air pancut yang telah belanjakan RM76000 pada bulan Februari tahun ini.
Isu Alam sekitar Dalam bajet ini, salah satu elemen yang penting tidak mendapat perhatian adalah isu alam sekitar. Soal pemeliharaan alam sekitar perlu sejajar semasa kita membangunkan Negara.
Dalam bajet ini MB tidak sentuh usaha pengurangan pembebasan karbon, infrastruktur penggunaan lampu jalan jenis LED yang jimat bekalan elektrik tidak disebut, stesen mengecas cuma terdapat 2 dalam Ipoh dalam bajet tidak ungkit akan menambahkan bilangannya, tidak ada galakan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan pengguna kereta, tidak ada usaha untuk menambahkan jenis barangan yang boleh dikitar semula seperti kaca,kasut lama,kain dan lain-lain lagi. Dan usaha untuk menghentikan penggunaan bekas makanan politirena dan plastik yang sepatutnya sudah dilaksana kini ditunda hingga tarikh yang tiudak menentu.
Kerja-kerja menanam pokok seperti pokok hujan dan ditanam dengan jarak yang terlalu dekat antara satu sama lain. Saya cadang agar kerja tanam pokok ini buat secara serius dan bukan saja tanam, dapat publisiti dan biar. Penanaman pokok renek seperti di hadapan luar rumah kediaman rasmi MB harus diberi perhatian, sebab pokok hujan yang tinggi, adalah perlu sentiasa dijaga, dicantas bila ranting membahayakan orang ramai.
LCD screen besar menara SSI di bahagian bumbung, apakah keperluan untuk medirikan LCD screen disana, seperti sebuah TV besar untuk rumah MB tengok? Ini adalah pembaziran wang, pembaziran elektrik dan membahayakan orang sekitarnya struktur LCD ini tidak utuh.
Tentang kesihatan Tentang kesihatan, berkenaan dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun, ramai orang harap pembinaan blok bangunan baru akan siap lebih awal. Disebabkan projek ini tidak dapat siap mengikut jadual semasa projek ini bermula, masalah kekurangan tempat letak kenderaan, infrastruktur serta peralatan yang lama, keadaan sesak adalah keadaan rutin untuk kawasan ini.
Jika berdasarkan kepada jawapan semasa sesi soalan lisan semalam, pihak EXCO berkata setiap katil di wad akan disediakan satu kerusi untuk pelawat. Tetapi kisah benar saya sendiri sebagai saksi, semasa bapa saya berada di wad di tingkat 2 dan 5, memang berlaku kekurangan kerusi untuk pelawat, sehingga saya kena duduk atas katil semasa menjaga bapa saya. Keadaan ini juga berlaku di wad kecemasan di 11c. Dimana pihak keluarga kena berdiri lebih 3 jam, untuk menunggu pesakit masuk wad.
Saya juga ingin mengutarakan bahawa pesakit semasa dalam wad sepatutnya diberikan keutamaan untuk menjalankan ujian contohnya seperti Ultrasound dan Cystoscopy. Kerana pesakit semasa keluar wad baru diberi temu janji untuk selang masa yang panjang, ini akan melambatkan proses untuk kenal pasti apakah punca sakit dan proses untuk sembuh, serta menyumbang kepada kesesakan pihak hospital. Keadaan ini mengakibatkan pesakit terpaksa pergi ke pihak hospital swasta.
Katil yang lama dan usang, telefon awam serta jam dinding yang tidak berfungsi, adalah perkara biasa. Dan ada satu lagi cadangan saya ingin beritahu pihak kerajaan adalah waktu pelawat, yang dibahagi kepada 2 waktu adalah tidak cukup terutamanya keluarga yang menjaga pesakit dalam wad. Dari segi psikologi pelawat adalah satu sumber mengurangkan kemurungan menambah keceriaan kepada pesakit, juga meringankan beban jururawat dan doktor bagi pesakit yang perlukan bantuan atau sesetengah yang tidak beri kerjasama. Sekiranya waktu melawat ini dibuka seperti hospital swasta, ini juga akan mengurangkan bilangan pelawat tumpukan waktu melawat yang singkat dan yang membawa kesan kesesakan hospital.
Tentang perkhidmatan ambulan, disebabkan bilangan ambulan terhad, semasa saya meminta bantuan melalui operator untuk kes kecemasan, operator beritahu cuma terdapat 3 buah ambulan tetapi semua telah diarah ke kawasan kemalangan untuk bersiap sedia. Dan operator tanya balik saya bolehkah saya tunggu lama?Maka saya terpaksa menghantar pesakit dengan kenderaan sendiri. Jika selang masa tersebut cuma ada 3 hospital untuk meliputi kawasan yang besar dan padat. Ini adalah serba tidak mencukupi untuk keadaan biasa, jika berlaku bencana besar yang tidak diinginkan, sudah tentu akan kelam kabut, dan lebih nyawa pasti akan terancam.
Soal dadah,bajet 2014 MB telah istihar perang najis dadah, tetapi sudah 3 tahun semalam MB lagi sudah tidak kata perang lagi, kini ubah packing kata dadah masih barah. Pentingnya usaha banteras dadah bukan cuma laungan kosong sahaja. Di USA, sejak bekas President Richard Nixon istihar perang terhadap dadah hari ini sudah tukar 9 president dan guna hampir 50 tahun masih lagi perang. Tak akan negeri kita jauh maju baru 3 tahun sudah tak payah perang lagi.
Soal dadah ini selain memudaratkan kesihatan, ini adalah soal sosial dimana golongan miskin serta tercicir pelajaran, yang sanggup ambil risiko untuk mengedar dadah untuk dapat upah lumayan. Dan golongan ini sentiasa dijaga oleh ketua sindiket, walaupun ditangkap ia akan sentiasa ada penganti sebab tarikan wang dibelakang dadah. Kepincangan pihak berkuasa dan agensi seperti polis, AADK, yang wujud bocor rahsia akibat rasuah, termasuk sistem kehakiman yang kurang tegas dan political will yang lemah oleh pihak kerajaan yang mengurus perkara ini sebagai kosmetik politik.Kesemua aspek ini yang berkait jika hanya mengguna statistik sebagai kad laporan adalah tidak berkesan untuk membasmi dadah. Dan kerajaan hanya guna slogan, kempen kempen yang cuma tumpukan golongan yang tidak berkaitan, tidak menakutkan golongan yang perlu diberi perhatian, adalah sia siakan wang rakyat dan cuma kontraktor dibelakang kempen adalah pihak yang paling gembira atas usaha yang sia-sia.
Isu-isu dalam kawasan DUN Tebing Tinggi Perkara pertama adalah masalah pembakaran haram di Jalan Bendahara, berdekatan Kuan Woh Yuan,Ipoh. Disebabkan oleh aktiviti pembakaran pada waktu malam selepas waktu kerja. Terdapat beberapa pengusaha logam lama menjalankan aktiviti pembakaran haram,mengakibatkan penduduk sekitar terpaksa hidup dalam udara yang bertoksid dan tidak baik untuk kesihatan.
Saya berharap pihak Jabatan Alam Sekitar serta MBI, akan menjalankan kerja - kerja penguatkuasa di luar waktu kerja secara spontan,sebagai pengajaran kepada pengusaha yang tidak bertanggungjawab.
Perkara kedua adalah masalah banjir kilat di Taman Kampar terutama di Jalan Saw Seong Peck,Jalan Leong Kim Seng dan Jalan Rose , dimana kawasan ini sering dibelenggu masalah ini. Walaupun padang di Jalan Rose telah dijadikan Reservior Pond apabila paras air hujan naik tinggi.Tetapi banjir kilat masih berlaku hingga air banjir kilat masuk rumah dan lalulintas dihalang. Harap pihak kerajaan mengatasi masalah ini.
Disebabkan cuaca dan taburan air hujan sukar diramal, pihak kerajaan harus menaik taraf sistem perparitan yang lama dan tidak dapat menampung air hujan yang banyak, dengan membesarkan longkang yang sedia ada. Begitu juga dengan memastikan longkang tidak sumbat dan tumbuh lalang.Seperti di Ipoh, kini kerja bersih longkang telah diberi kepada kontraktor MBI, harap kontraktor rajin kerja bersihkan longkang yang sumbat, busuk, banyak sampah dan tumbuh lalang untuk mengurangkan risiko untuk menghadapi banjir.
Perkara ketiga adalah masalah menara pemancar telekomunikasi haram, saya mewakili kawasan saya berasa amat marah kerana dewan ini memberi informasi yang salah. Jika berdasarkan kepada jawapan soalan bertulis dimana pemancar di bengkel besi di sebelah Kuan Woh Yuan adalah haram. Dan pihak kerajaan menghadapi masalah untuk akses ke kawasan pemancar, tetapi hakikatnya pemancar ini telah mendapat kelulusan.
Perkara keempat adalah kes bunuh diri atau terjatuh dari bangunan Ipoh Paradedekat rumah MB. Tahun ini saja sudah 6 kes dimana 4 terbunuh , 2 cedera. Satu satu yang terbunuh adalah adik jiran saya.Jawapan lisan saya terima semalam cuma kerja ronda yang dijalankan buat masa kini. Saya harap pihak kerajaan prihatin tentang perkara ini, sebab besi jeriji sebagai penghalang di tempat letak kereta bangunan ini adalah rendah dan tidak ditutup sepenuhnya. Jika tidak kini kawasan ini telah menjadi hotspot pilihan orang muda untuk bunuh diri.
Perkara terakhir adalah masalah nyamuk. Selain menjaga kawasan sekitar, rumah terbiar juga adalah penyumbang kepada masalah nyamuk yang membawa penyakit. Contohnya kawasan saya, rumah no 4, Jalan Khoo Chong San, Housing Trust, banyak kali penduduk buat aduan tetapi rumah ini kini seperti belukar pemilik pula tidak hiraukan rasa jirannya.
Begitu juga dengan kediaman rasmi MB, tangki diluar rumah tumbuh banyak jentik-jenik tetapi pengawai cuma beritahu ini adalah nayamuk kacau ganggu, saya ingin Tanya apakah spesis nyamuk kacau ganggu? Sebelum jadi pekerja pembersih, rasa cadang MB perlu jaga kawasan kediaman sendiri dulu.